Lesti dan Billar disandingkan selepas akad nikah dijalankan. - Kredit foto: Indosiar
BINTANG dangdut generasi baharu Indonesia yang paling popular, Lesti Kejora, 21, melangsungkan akad nikah pada Khamis 19 Ogos 2021 dengan pelakon muda popular, Rizky Billar, 26.
Majlis perkahwinan Lesti-Rizky mencatat sejarah apabila buat pertama kali acara perkahwinan tersebut disiar secara langsung di stesen TV Indosiar untuk tatapan ratusan juta rakyat, lengkap dengan tiga hari majlis bermula dari hari pengajian dan siraman (Rabu, 18 Ogos), hari akad nikah (Khamis, 19 Ogos) dan Konsert Takdir Cinta Leslar (malam, Sabtu 21 Ogos 2021).
Majlis siaran TV ini ditaja sejumlah syarikat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dangdut
.
Lesti-Billar sah menjadi pasangan suami isteri pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia yang berlangsung di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan.
Ia dijalankan dengan protokol kesihatan ketat akibat pandemik Covid-19 dengan hanya 30 tetamu dibenarkan hadir dalam dewan nikah.
Lesti atau nama penuhnya Lestiani Andriyani dinikahkan oleh ayahnya sendiri, Endang Mulyana dan Rizky memberikan mas kahwin berupa wang tunai dolar Amerika iaitu USD72,300 (kira-kira RM306,500).
Selain itu Rizky turut menghadiah sebuah apatmen mewah bernilai Rp250 milyar (kira-kira RM750,000) dan kereta mewah bernilai Rp190 milyar (kira-kira RM570,000).
. ...
Lesti mengaminkan doa selesai majlis akad nikah. - Kredit foto: Indosiar
“Saya nikahkan ananda dengan anak saya Lestiani Andriyani, dengan mas kahwin wang tunai 72.300 USD, tunai," kata ayah Lesti Kejora.
"Saya terima nikahnya Lestiani Andriyani dengan mas kahwin wang 72.300 USD, tunai," kata Rizky dengan lantang dengan sekali lafaz.
....
Billar kelihatan menangis terharu sebelum membacakan ijab kabul di hadapan penghulu, saksi, keluarga, dan tentunya Lesti Kejora.
Hubungan Lesti dan Rizky terjalin selepas kedua-duanya menjadi tetamu rancangan bual bicara ‘Tukul Arwana Show’ di Indosiar pada Julai 2020.
Stesen TV Indosiar memainkan peranan untuk semakin mengeratkan hubungan dua bintang ini dengan sering menggandingkan kedua-duanya dalam program yang sama.
Cadangan awal penikahan dua bintang ini ialah pada 13 Jun 2020 lalu, namun terpaksa ditunda ke hari ini kerana beberapa masalah.
..
Lesti berjaya menjadi bintang dangdut Indonesia generasi baharu apabila menjadi juara Dangdut Academy Musim 1 Indosiar pada 1995 ketika masih berusia 14 tahun. Dia menerima hadiah wang tunai Rp100 ribu (kira-kira RM30,000) dan sebuah kereta.
Selepas itu kehidupan gadis dari Cianjur, Jawa Barat ini berubah drastik. Dari gadis miskin kepada menjalani hidup mewah dan merupakan antara penyanyi dangdut kategori dangdut yang dibayar mahal bagi setiap persembahan.
Walaupun sudah melonjak popular, namun Lesti tetap dengan sikap rendah dirinya.
Sementara itu dalam rancangan Konsert Takdir Cinta Leslar yang disiar secara langsung di stesen TV Indosiar, Rizki menyatakan jika diberi anak perempuan akan diberi nama ‘Kejora’ .
Ia sempena lagu ciptaan Nurbayan iaitu lagu kemenangan Lesti setelah menjuarai Dangdut Academy musim pertama pada 2015. Lesti memang berhasrat untuk kahwin muda dan mempunyai ramai anak.
Sebelumnya Lesti menjalin hubungan dengan penyanyi dangdut Rizki DA tetapi kandas. Sementara Rizky Billar yang berasal dari Medan juga mengalami putus tunang.