Insan & Komuniti 27 Sep, 2020

Siapa mati dulu? Do Re Mi dah tiada! Kini Milah pun tiada!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

INGAT tak watak anak dara bernama Milah yang digilai Do (Ibrahim Din) , Re (A.R Tompel) dan Mi (P Ramlee) dalam filem ‘Do Re Mi’ dan watak jururawat dalam filem ‘Nasib Do Re Mi’Dia ialah Wan Chik Daud. Kini pelakon itu menghadap Illahi pada usia 80 tahun tengah hari ini, Sabtu, 26 September 2020. Innalillahi wainna ilaihi rojiun... : KitaReporters


Sebahagian besar masyarakat mengikuti filem-flem arahan dan lakonan P Ramlee yang kini ditayang dalam beberapa saluran TV dan saluran You Tube.

Filem-filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee mempunyai tarikan tersendiri terutama filem bercorak komedi hingga ia terus ditayangkan berpuluh kali di sesebuah stesen TV.

‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ adalah antara filem arahan dan lakonan Seniman Agong itu yang terus diingati dan terus dikuti ketika ditayang di TV walaupun sudah puluhan kali diulang , juga melalui YouTube.

Justeru, ramai yang dapat menghafalkan jalan cerita dan mengingati sejumlah filem P Ramlee termasuk ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ terbitah tahun 1966.

P Ramlee terpikat dengan paras Wan Chik hingga terpilih berlakon dalam filem 'Do Re Mi' dan 'Nasib Do Re Mi'

Ingat tak watak anak dara bernama Milah yang digilai Do (Ibrahim Din) , Re (A.R Tompel) dan Mi (P Ramlee) dalam filem ‘Do Re Mi’ dan watak jururawat dalam filem ‘Nasib Do Re Mi’.

Dia ialah Wan Chik Daud. Kini pelakon itu menghadap Illahi pada usia 80 tahun tengah hari ini, Sabtu, 26 September 2020. 

Wan Chik atau nama sebenarnya Wan Chik Othman, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu menjadi juara Ratu Kebaya di Pulau Pinang pada awal 1960-an dan selepas itu melamar pekerjaan sebagai juruhebah di bahagian Radio, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Wan Chik Daud dalam filem Do Re Mi. - Kredit foto: FB Repair Gambar Lama

Bertugas di RTM telah melahirkan bibit percintaan dengan tokoh muzik di RTM, Daud Hamzah hingga akhirnya berkahwin.

Walaupun sudah berkahwin, tetapi kerana mempunyai wajah dan tubuh menawan telah memikat P. Ramlee lalu menawarkan watak Milah dalam filem ‘Do Re Mi’ kemudian watak jururawat dalam ‘Nasib Do Re Mi’.

Namun Wan Chik tidak meneruskan lakonan filem, sebaliknya terus menjadi penyiar di RTM. Kerana suara dan cara membaca tersendiri membolehkan Wan Cik diberi tugas sebagai pembaca berita.

Pada tahun 1980-an, Wan Chik turut diberi peluang sebagai salah satu hos bagi sebuah program bual bicara RTM secara langsung di TV1. Program itu sama seperti ‘Selamat Pagi Malaysia’ sekarang.

Wan Chik (kiri) bersama Mimi Loma (dua dari kiri) dan Datin Rosnani Jamil (tengah) muncul dalam program Malaysia Hari Ini, TV3 tidak lama dahulu.

Namun hidup bahagia Wan Chik dan Daud Hamzah berkecai apabila mereka berpisah sekitar pertengahan 1980-an.

Tidak lama selepas bercerai, Wan Chik membuat sensasi apabila sedia menjadi isteri kedua pelakon popular M Rajoli pada 1986 ketika berusia 46 tahun.


Selepas menjadi isteri M Rajoli, Wan Chik ada berlakon dalam beberapa buah drama TV.

Wan Chik pernah menjadi komentator jemputan dalam pertandingan Akademi Fantasia musim 4 pada 2006. Tidak lama dahulu Wan Chik pernah dijemput ke program Malaysia Hari Ini bersama dengan Mimi Loma dan Datin Rosnani Jamil memperkatakan mengenai nasib seniman veteran. Ketika itu Wan Chik hadir dengan memakai kerusi roda.

Selepas berpisah dengan suami pertamanya, Wan Chik lebih suka dipanggil Hajah Wan Chik, namun ramai masih memangilnya sebagai Wan Chik Daud.

Setelah beberapa ketika mengalami penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, barah payu dara tahap 4 dan lumpuh  akhirnya Tuhan menjemputnya untuk bersama kedua-dua suaminya. - KitaReporters

Wan Chik sebagai jururawat dalam filem Nasib Do Re Mi.

3
3
10
0
0
You will be interested