Insan & Komuniti 18 Apr, 2020

SELAMAT HARI LAHIR ABAH! TERIMA KASIH HERO!!

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this
BAPA adalah seorang insan yang bermakna. Dia mungkin tidak selembut dan penyayang seperti yang ditunjukkan seorang ibu namun sosok tubuh itu sebenarnya penuh sifat mesra dan kasih terhadap ahli keluarga terutama anak-anaknya. : KitaReporters


Posting Hazim Halim di Twitter yang mengucapkan selamat hari lahir kepada bapanya.


Diakui sebagai ketua keluarga, mereka sering bersikap agak tegas dan garang, namun jauh di sudut hati, mereka biasanya akan 'kalah' dengan kerinduan terhadap anak-anak.

Berkongsi perkara itu, seorang pelayar Twitter, Hazim Halim memuat naik ucapan hari lahir 'voice note' oleh adik beradiknya untuk bapa mereka di group Whatsapp keluarga.
Menariknya adalah ucapan balas bapa lelaki itu yang mengundang sebak warga maya apabila dia yang merupakan seorang anggota polis menangis sambil menyatakan kerinduannya terhadap anak-anaknya. 
"Assalamualaikum semua anak-anak abah.Terima kasih, terima kasih ucapan hari jadi. Abah rindu semua anak abah tapi apakan daya kita jadi macam ni.
"Jaga diri baik-baik semua. Insyaallah kita semua nanti akan jumpa. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih. Abah sayang semua.". 


Menurut ciapan dalam Twitter, Hazim berkata, bapanya yang merupakan seorang anggota polis dan petugas barisan hadapan itu tidak pernah dilihat menangis di depan anak-anak.
Namun katanya, kerinduan menyebabkan lelaki itu menitiskan air mata tambahan lagi tidak dapat menyambut hari lahirnya pada Rabu, 17 April 2020 bersama ahli keluarga.
"Tak pernah aku dengar ayah aku menangis. Tak pernah dia tunjuk depan anak-anak. Ini pertama kali ayah aku menangis sebab rindu anak-anak. Tak dapat celebrate hari jadi sekali.
"Dia frontliner polis. Doakan abah aku kuat dan dipermudahkan urusan dia. 

"Hari ni hari jadi dia," tulisnya.

Perkongsian Hazim itu menarik perhatian warga maya dengan mendapat tanda suka lebih 13,000 dan diulang ciap lebih 10,000 dengan rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir kepada bapa lelaki itu. - KitaReporters


 

1
0
1
0
0
You will be interested