Insan & Komuniti 11 May, 2021

Program Agihan Sumbangan Ramadan KRT Kasturisari! Bantu 28 keluarga rai Aidilfitri dalam PKP!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Barangan makanan keperluan asas disusun rapi sebelum dimasukan ke dalam beg plastik.


KEKANGAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aklibat pandemik Covid-19 membuka peluang Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor, turun padang membantu keluarga yang terkesan.

Menerusi Program Agihan Sumbangan Ramadan, 28 keluarga dalam komuniti KRT berkenaan dikenal pasti untuk menerima bantuan barangan makanan keperluan asas bagi meringankan bebanan membuat persediaan menyambut Aidilfitri tahun ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan KRT


Pengerusi KRT Kasturisari, Mahmod Mat Ali, berkata dalam tempoh lebih dua bulan ahli KRT itu berusaha mendapatkan dana dan sumbangan kewangan daripada kejiranan bagi membeli barangan makanan keperluan asas itu.

Menurutnya, ada sesetengah kejiranan mengambil inisiatif sendiri dengan membeli barangan makanan keperluan asas seperti gula, gandum, susu dan sebagainya yang kemudian diserahkan kepada urus setia program untuk diagihkan kepada keluarga terbabit.


Ahli-ahli KRT memasukkan barangan makanan keperluan asas ke dalam beg plastik untuk diagihkan kepada 28 keluarga terpilih.


Katanya, sikap terpuji mereka itu amat dihargai KRT apabila turut melahirkan rasa simpati serta berasa bertanggungjawab untuk sama-sama membantu keluarga berkenaan yang secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturahim.

“Kepada mereka yang menghulurkan sumbangan wang, KRT menggunakannya untuk membeli barangan makanan keperluan asas yang lain seperti beras, mi segera, minyak masak dan sebagainya,” kata beliau pada Majlis Penyerahan Sumbangan itu di Pusat Komuniti KRT berkenaan pada Ahad 9 Mei 2021 lalu. 


Mahmod Mat Ali (kiri) memantau pengagihan barangan makanan keperluan asas kepada keluarga terbabit.


Mahmod berkata, program itu juga secara tidak langsung menyegarkan hubungan kejiranan apabila mereka  terpaksa berkurung kerana PKP jika sebelum ini mereka selalu berkumpul di pusat komuniti untuk berbincang pelbagai permasalahan berbangkit.

Katanya, KRT turut menerima maklumat ada ketua keluarga hilang pekerjaan, sekali gus sumber pendapatan berikutan pandemik Covid-19 dan bantuan yang dihulurkan itu diharap dapat mengurangkan rasa tertekan berikutan masalah berkenaan. 

“Kami amat simpati nasib menimpa sesetengah keluarga dan KRT akan berusaha membantu sekadar termampu jika mereka membuat aduan atau meminta pertolongan terutama kekurangan sumber kewangan bagi mendapatkan barangan makanan keperluan asas,” kata Mahmod. - KitaReporters


Mahmod (lima dari kiri) bersama-sama keluarga yang menerima sumbangan dari KRT.

14
3
0
0
0
You will be interested