Kisah Insan 19 Jul, 2021

Video| Muszleem Malaysia aktif bantu asnaf seluruh negara dan Kemboja! Sedia bantu apa sahaja!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Sukarelawan Muszleem Malaysia menyantuni seorang penghuni yang tinggal di bangsal buruk bagi menyerahkan kotak infak makanan.


BUKAN mudah untuk mengekalkan status sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) sehingga boleh merentasi sempadan antarabangsa, apatah lagi untuk mendapatkan keyakinan orang ramai terhadap peranan dan tanggungjawab yang dijalankan untuk faedah dan kepentingan masyarakat. 

Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia atau lebih dikenali dengan Muszleem Malaysia adalah antara NGO yang aktif di negara ini dalam usaha membantu masyarakat tanpa mengira batasan politik, kedudukan dan tempat.


Lagi cerita-cerita berkaitan NGO Muszleem Malaysia

Sebuah rumah milik penduduk di Kampung Lapang Kotak, Jertih  yang mendapat perhatian Muszleem Malaysia untuk dibaik pulih.



Kebanyakan NGO muncul ketika pandemik COVID-19 melanda negara apabila pelbagai NGO tampil turun padang membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak berkenaan pada awal 2020. 

Bagaimanapun, Muszleem Malaysia mempunyai sejarah amat unik apabila asas penubuhannya bermula pada 2013 apabila Imam Muda Jaabar menjemput Pengerusinya Ahmad Fadzli Fauzi ke Kemboja untuk menyertai rombongan korban.


Norhanis Basir


Pengurus Besar Muszleem, Norhanis Basir berkata, ketika rombongan berada di negara tersebut, mereka telah dibawa menziarahi perkampungan orang Islam yang hidup dalam keadaan daif malah ramai yang terpaksa tinggal di dalam sampan kerana kemiskinan

Katanya, akibat hidup melarat penduduk Islam di situ telah memohon bantuan Ahmad Fadzli untuk membina perigi wakaf dan membina sekolah agar syiar Islam terus bersinar di Kemboja.

Selepas selesai korban dan pulang ke tanah air, pengerusi kami telah menjemput beberapa orang sahabat beliau dan menubuhkan Muszleem,” katanya.

Sejak itu, katanya, Muszleem aktif dan berperanan membantu rakyat negara ini yang memerlukan apa sahaja bentuk bantuan.


Sukarelawan Muszleem Malaysia meninjau sebuah rumah asnaf yang uzur untuk dibaik pulih


Norhanis berkata, antara aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan itu termasuklah perigi wakaf, Quran Wakaf, pembinaan madrasah Darul Quran, program korban dan akikah, infak guru agama, tangki wakaf dan kotak infak.

Pertubuhan itu yang beroperasi di sebuah pejabat di Kampung Padang Landak, Jertih, Terengganu, mempunyai organisasi yang lengkap untuk mengurus dan operasi termasuk melantik pegawai khas bagi mengetuai setiap unit.

”Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari tidak dibayar gaji atau elaun oleh Muszleem. Bagaimanapun hanya pegawai-pegawai sahaja yang dibayar gaji,” katanya.


Seorang warga emas menerima kerusi roda sumbaangan Muszleem Malaysia


Menurut Nurhanis, sejak pandamik melanda negara, pihaknya sudah menyalurkan lebih 5,000 kotak infak yang mengandungi barangan keperluan dapur kepada orang ramai di seluruh negara yang terkesan dengan COVID-19.

Bukan itu sahaja, katanya, pihak Muszleem juga turut membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan membaik pulih rumah, menyediakan pam air, menyediakan motosikal roda tiga kepada peniaga kecil dan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan orang ramai.


Kotak Infak makanan untuk diagihkan kepada asnaf 


“Alhamdulilah usaha kami sentiasa mendapat sokongan dan sumbangan daripada pihak swasta, individu dan ahli koporat yang meyalurkan sumbangan untuk membantu golongan yang terjejas,” katanya. 

Orang ramai yang ingin berkongsi bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Muszleem di Maybank bernombor 563046325663 atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohamad Izzat 018-9091687. - KitaReporters  


2
1
1
0
0
You will be interested

30 tahun bertahan! Jaslina tetap bersyukur! Walaupun berkerusi roda! Majalah Wanita temukan kita!

Lebih 21 tahun lalu kami bertemu ketika saya menemu ramah Jaslina Mat Desa untuk majalah Wanita. Usianya ketika itu baharu 16 tahun. Kini kami dipertemu semula

Normala Hamzah in Kisah Insan 3 days ago

Video| Sempat selfie kau dik! Kanak-kanak berangan ada motosikal besar! Moga jadi kenyataan nanti!

Tular video telatah seorang kanak-kanak sukai motosikal besar sehingga sanggup selfie pelbagai gaya dan angle untuk puaskan hatinya ketika melihat motosikal itu
Nur Syamila Kamarul Arefin in Kisah Insan 13 hours ago

Video| Pelajar mengamuk di dalam kelas! Tumbuk guru sehingga cedera! Angkara ditegur kerana telefon!

Seorang pelajar di sekolah menengah Bowie Middle School di Odessa, Texas menumbuk seorang guru, menghempas kepalanya di meja hanya disebabkan isu telefon bimbit
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Video| Terbaik bang! Anda sumber inspirasi! Tetap semangat main bola sepak! Walaupun hanya satu kaki!

Video seorang lelaki bermain bola sepak dengan hanya gunakan satu kaki bersama tongkat di padang bersama rakan-rakan telah jadi tular dan perhatian ramai orang
Fitri Hazim in Kisah Insan 2 days ago

Video| Doakan Uzma Nur Iman sembuh! Dapat melihat semula! Hidap penyakit radang saraf optik MOGAD!

Uzma Nur Iman Mohd Sufian, 12, hilang penglihatan secara tiba-tiba. Dia disahkan menghidap penyakit MOGAD (Myelin Oligodendrocyte Glycoprotein Anti Disease)
Nur Ain Darwishah in Kisah Insan 3 days ago