MUNGKIN kerana kesilapan atau kelalaian petugas di sebuah hospital di kota Batam, jenazah telah tertukar. Lebih malang apabila jenazah itu berlainan agama.
Jenazah seorang Islam berketurunan Melayu Bugis telah disalah anggap sebagai mayat seorang kaum Cina. Lalu mayat itu diurus mengikut kepercayaan kaum Cina dengan dibakar.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Batam
Jenazah AH yang sudah menjadi abu akhirnya dapat dikebumikan secara Islam. - Kredit foto: Tribun Batam
Jenazah Abdul Hamid (AH), 44, yang beragama Islam adalah dari Tanjung Sengkuang, Kecamatan (Mukim) Batu Ampar, Batam, tetapi telah disalah sangka sebagai mayat Seng Peng (SP), 48, yang merupakan seorang kaum Cina lalu pemakamannya dijalankan mengikut adat Cina.
Ini telah menyebabkan sepasukan polis terpaksa berkawal bagi menjaga penjarakan sosial para pengunjung termasuk sejumlah pengamal media.
Rumah AH didatangi orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan lanjut pertukaran mayat yang berbeza agama itu. - Kredit foto: Tribun Batam.
Pada mulanya, kaum keluarga Allahyarham sempat mengamuk tetapi dapat ditenangkan dan jenazah AH selamat dikebumi pada petang Isnin, 24 Mei 2021 secara Islam. Pihak keluarga dapat mengebumikan jenazah AH yang sudah menjadi abu itu secara Islam.
Dalam pada itu, polis Batam akan menyiasat lanjut kejadian itu agar peristiwa yang memalukan dan sensitif tersebut tidak berulang. Ia termasuk menyiasat sama ada berlaku kelalaian dalam kalangan kakitangan Hospital Bhayangkara Batam Polda Kepulauan Riau. - KitaReporters