Insan & Komuniti 18 Jun, 2020

Hari jadi anak: Arwah Abam hadiahkan kereta! Macam mana tu??

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
ANAK Allahyarham Abam Bocey, Syed Uthman Hamzah Syed Mokhtar mencapai usia setahun pada Ahad, 14 Jun, 2020  lalu. Majlis ulang tahun pertamanya itu disambut secara sederhana di Sabak Bernam, Selangor.  Apa yang mengejutan ialah dia menerima hadiah istimewa berupa sebuah kereta mainan bersaiz besar daripada bapanya Abam Bocey. Macam mana tu?? : KitaReporters


@hidayah_abam : #hamzahbrithday1thn... hai semua.. Hamzah nak Cuba bawak kereta.siapa nk ikut?? Jom.. hati2 ye anak ibu.


Di atas kereta itu terletak beberapa keping gambar Abam Bocey bersaiz besar dan sederhana.   

Ramai yang menganggapan ia merupakan sebuah kelucuan kerana Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 lalu ketika Syed Uthman berusia 9 bulan.

Sebenarnya ibunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 27, yang membelikan hadiah itu sebagai memenuhi impian Allahyarham Abam yang mahu membelikan Syed Uthman sebuah kereta mainan bersaiz besar sebagai hadiah hari jadinya.

Impian Abam yang tidak tercapai itu ditunaikan oleh isterinya dengan membelikan hadiah istimewa itu untuk Syed Uthman.

Situasi majlis ulang tahun pertama Syed Uthman itu dirakam dalam IG @hidayah_abam.


Melalui perkongsiannya, Siti Nurhidayah menitipkan ucapan istimewa buat anak tunggalnya itu dengan mendoakan semoga menjadi anak yang soleh. 

Video tersebut turut memaparkan Syed Uthman dilihat memegang bantal yang dicetak dengan gambar arwah.

Meskipun kehilangan ayah pada usia yang sangat muda, namun Syed Uthman tetap mengenali wajah bapanya. Dia mencium potret wajah Abam apabila ditanya.

“Selamat hari lahir buat anak kesayangan ibu genap 1 tahun Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar, 14.06.20.

"Semoga menjadi anak yang solleh buat ayah & ibu. Al-fatihah buat arwah suamiku Syed Umar Mokhtar,” tulis Siti Nurhidayah.

Siti Nurhidayah dan Syed Uthman kini menetap di Sabak Bernam, Selangor. 

Selain membantu syarikat makanan/minuman kesihatan milik ayahnya, Siti Nurhidayah turut menjalankan perniagaan dalam talian. - KitaReporters

7
5
82
4
3
You will be interested