Insan & Komuniti 12 Jun, 2020

Terbaiklah Tengku Mahkota! Ziarah mangsa ribut Felda Kemahal

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

Share this
MANA tumpahnya kuah jika tidak ke nasi... Demikian perumpamaan yang tepat untuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila baginda berkenan berangkat bercemar duli menziarah mangsa kejadian ribut di Felda Sungai Kemahal, Bentong, Pahang ada Khamis, 11 Jun 2020.


Kredit foto: IG https://www.instagram.com/this.7/tagged/


Sebelum ini seluruh rakyat jelata sudah mengetahui akan keprihatinan keluarga diraja Pahang ini yang cukup mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat sehingga kadangkala mengetepikan protokol.

"Rakyat adalah keutamaan".

Atas dasar itulah baginda dan kedua-dua paduka ayahanda dan paduka bonda, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sering menjadi perhatian umum setiap kali 'turun padang' bagi melihat sendiri musibah atau apa sahaja bencana yang menimpa masyarakat.

Bahkan, di Pahang penduduk bagaikan dapat meneka raja yang menjadi kesayangan rakyat jelata itu pasti akan mencemar duli berangkat menziarahi untuk melihat sendiri jika berlaku mala petaka.


Melihat kepada keperibadian Pemangku Raja Pahang ini setiap kali berangkat pasti akan mengubat sedikit kegusaran di hati mangsa akibat musibah yang melanda.

Ketika keberangkatan di Felda Sungai Kemahal itu, baginda yang diiringi Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Mohd. Zulkifli Hashim turut berkenan mengurniakan bantuan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

Kejadian bencana ribut yang berlaku petang Rabu, 10 Jun 2020 itu telah mengakibatkan sebanyak 52 buah rumah dan sembilan unit bangunan awam terdiri daripada masjid, surau, tadika, klinik, pasar dan kedai-kedai mengalami kerosakan.




Dengan keberangkatan itu, mangsa dan penduduk boleh menarik nafas lega apabila Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bentong dengan kerjasama pengurusan Felda Sungai Kemahal telah melakukan siasatan dan anggaran kerosakan untuk menentukan kos baik pulih.

Kerja-kerja baik puluh akan dilaksanakan dengan segera sebaik siasatan selesai dan jumlah anggaran kerugian diperoleh.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bentong bersama pihak Felda telah menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. - KitaReporters



6
1
0
0
0
You will be interested