Insan & Komuniti 03 Jan, 2021

Ops cari nelayan diperluas, diteruskan! Ibu mangsa hilang di laut yakin anaknya masih selamat

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

“MAKCIK mengharapkan ada sesuatu keajaiban berlaku agar Asaari Leh, 46, masih selamat dan berharap usaha mencari dia yang menjadi mangsa bot karam dan masih hilang ditemui dengan selamat,” kata Ibu mangsa, Huraini Awang, 73. Amin, ya Rabb!! : KitaReporters


Ketua Polis Daerah Besut Superentandan Abd Rozak Muhammad menunjukkan peta lokasi pencarian mangsa pada sidang media pada 3 Januari 2020.


Katanya, walaupun kejadian berlaku sejak empat hari lalu dan anaknya belum ditemui pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Hurani yang tinggal di Kampung Gong Keding, Pasir Puteh, Kelantan, masih yakin anaknya Asaari yang  keluar dari rumah pada pukul 3 petang Rabu 30 Disember 2020 untuk menangkapkan di laut.


Huraini Awang ibu mangsa bot karam


“Saya yakin anak saya masih selamat kerana dia dilaporkan memakai jaket keselamatan ketika terjun ke dalam laut apabila bot nelayan terbabit karam dipukul ombak besar pada 31 Disember 2020 ketika berada di perairan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu," tegas Huraini.

Sebelum keluar ke laut, ibunya sempat menyediakan bekalan nasi kepada mangsa-mangsa untuk bekalan ketika berada di laut.

“Dia meminta saya supaya menyiapkan nasi dan lauk pauk pada hari itu. Permintaan dan perbualan kami ketika itu masih segar dalam ingatan saya," tambahnya.

Kejadian pada pukul 1.30 petang 31 Disember 2020 itu berlaku apabila bot yang sarat dengan pukat dan hasil laut dimasuki air selepas dipukul ombak besar.

Bagaimanapun, empat nelayan termasuk tekong bot, Tuan Azhar Tengku Long, 47, bersama anaknya, Tuan Azrizal, 17, dan dua lagi awak-awak Norizan Yusof, 45, dan Mohd. Azri Mohd. Rasdi, 28, tidak berpecah sewaktu jatuh ke dalam laut dan ditemui pasukan penyelamat selepas 15 jam berada di laut.

Mereka memakai jaket keselamatan berenang ke Pulau Perhentian dekat Besut, Terengganu untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Asaari terpisah daripada mereka berempat meskipun pada mulanya turut berenang ke arah pulau.


Asaari Leh mangsa bot karam yang masih hilang


Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi nelayan, Asaari Leh yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam di perairan Pulau Perhentian, Terengganu, pada Khamis 31 Disember 2020 , kini diperluaskan sehingga kira-kira enam batu nautika dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Besut Superentandan Abd Rozak Muhammad berkata meskipun anggota penyelamat gagal menemukan sebarang petunjuk dalam usaha mencari mangsa, Asaari Leh, 46, namun operasi SAR tetap diteruskan.


Ketua Polis Daerah Besut Superentandan Abd Rozak Muhammad


 “Pasukan SAR juga berdepan kesukaran kerana keadaan laut yang masih bergelora dan berombak tinggi. SAR diteruskan dengan melibatkan aset-aset milik APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut,” katanya pada sidang media pada Ahad 3 Januari 2021.

Katanya, usaha mencari juga turut membabitkan pesisiran pantai pulau berkenaan, darat dan melalui pemantauan udara menggunakan pesawat AW139 Maritim Malaysia. - KitaReporters

2
1
7
1
2
You will be interested