Insan & Komuniti 07 May, 2020

Tempurung kepala disimpan dalam perut? Nanti ditampal semula

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

DALAM satu filem Hindi lakonan Akshay Kumar dan Kareena berjudul Kambakkht Ishq, jam tangan heroin tertinggal dalam perut hero dan berbunyi bila tepat waktunya dan kita ingat skripnya sengaja direka. Tetapikan tahukah anda, ada kejadian sebenar dalam alam nyata ini apabila doktor menyimpan sebahagian tengkorak dalam perut seorang anak muda. : KitaReporters.com

Dalam perut Suhaimi @ Ewan inilah ada tersimpan sebahagian kepingan tengkorak kepalanya. 


Ini yang berlaku kepada anak muda ini, Shuaimi Osman @ Ewan, 20, apabila dia terlibat dalam nahas motor di jalan raya di Pekan Rawang pada 28 Mac 2020.

Doktor bedah di Hospital Selayang memutuskan untuk menyimpan sebahagian tempurung kepalanya di dalam abdomennya sementara menunggu bengkak pada bahagian otak surut ekoran nahas tersebut. 

Tempurung itu akan ditampal semula ke kepala dalam pembedahan yang ditetapkan kemudian.

JIka filem Kambakkht Ishq, Kareena Kapoor yang berlakon sebagai doktor bedah dan model sangat bencikan cinta, tertanggal gelang yang mengandungi lagu mentera cepat kahwin yang dihadiahkan ibu saudaranya. 

Dalam satu pembedahan membabitkan abdomen hero, Ashkay, lagu daripada gelang itu akan berbunyi dalam perutnya. Ini nyaris membuatkan hero jadi `gila`. 

Dalam hal Ewan ini, dia cuma ditempatkan pada satu sudut abdomennya dan keras bila disentuh.

Sebahagian tempurung kepalanya yang dah ditanggalkan.


Kisah sedihnya macam sudah jatuh ditimpa tangga. 

Menceritakan waktu kejadian, Ewan anak sulung enam beradik berkata, dia sedang menunggang motornya hendak keluar dari Balai Polis Rawang. 

Tiba-tiba penunggang motor lain dengan laju merempuhnya dan kedua-dua terpelanting di jalan raya

Dia sebenarnya dipanggil ke balai itu untuk mengambil motornya yang dicuri orang ketika diletakkan depan tangga flat Nipah Bandar Country Homes dan kemudian dijumpai polis. 

Suhaimi yang dipanggil Ewan oleh keluarganya dikejarkan ke Hospital Selayang dalam keadaan parah, pecah kepala dan sebahagian tulang tengkorahnya patah dan cedera pada bahagian tangan

Dalam kejadian itu, motor yang menjadi kenderaan harian ke tempat kerjanya di Pekan Rawang, rosak teruk langsung tidak boleh dibaiki.

Selepas lapan hari di hospital dia dimasukkan ke wad pembedahan untuk membersihkan darah dan otaknya dilaporkan bengkak dan doktor terpaksa membuang separuh daripada tempurung kepala.

Ketika itu pula dalam keadaan hospital kelam kabut dan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kekurangan peti penyejuk, doktor memilih menyimpan kepingan tengkorak di perutnya

Perutnya kini kelihatan keras.

Matanya belum boleh buka akibat pendarahan dalaman.


Pembedahan itu memakan masa 7 jam dan selepas itu dibenarkan pulang untuk berehat sehingga keadaan bengkak di kepalanya surut sepenuhnya.

Ibu Ewan, Hamdana Bedu Rahman ketika ditemui berkata sebaik saja mendengar anaknya terbabit dalam kemalangan itu, dia dan suami bergegas ke Hospital Selayang dan diberitahu semua prosedur pembedahan itu memerlukan belanja RM1,800

Akan datang pembedahan meletakkan semula tempurung itu dijangka menelan belanja lagi.

"Masa itu, tunang dia Zura ada sekali. Nasib baik Zura datang bersama dia dan memandu kereta menghantar Ewan ke balai polis.  

"Dia yang meraung minta bantuan dan menghubungi kami. Masa itu kami tak tahu nak bayangkan. 

"Ewan banyak membantu keluarga kerana bapanya buruh dan saya buat kuih-muih untuk jualan. Adiknya yang lain masih bersekolah," kata Hamdana.

Silakan.... semoga Suhaimi @ Ewan pulih seperti sediakala. Bapa Ewan dua dari kiri.


Baru-baru ini Hamdana sekeluarga yang berasal dari Sabah mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat sempena pembedahan Ewan. 

Ada macam-macam makanan negeri itu yang dihidangkan dan dihantar ke rumah jiran kerana tidak boleh berkumpul kerana PKP.

Ayah Ewan berharap Perkeso akan dapat membantu mereka sekeluarga kerana anaknya dijangka menjalani pembedahan dalam tempoh setahun dari sekarang, di samping dia juga risau dengan perut anaknya yang `berisi`serpihan tempurung kepala itu.

"Pakcik minta tolong anak perempuan Maswin dan Zura untuk uruskan bantuan dari Perkeso dan doakan permudahkan urusan kami untuk urusan merawat Ewan," katanya penuh harapan. - KitaReporters

Banyak ibu masak dan dihantar pada jiran.

0
0
2
0
0
You will be interested