
Malaysian menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak, perlu diutamakan semua penyedia dan platform aplikasi media sosial dengan mematuhi undang-undang negara.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau dan Timbalan Menteri, pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengulangi pendirian tegas kerajaan itu.
"Keselamatan rakyat Malaysia, khususnya golongan kanak-kanak, adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi.
"Prinsip ini merangkumi semua ruang, termasuklah dalam alam siber yang semakin mencabar dan memerlukan kawalan serta tanggungjawab bersama," katanya pada mesyuarat dengan pihak TikTok di Bukit Aman, pada 4 September 2025.

Menurut beliau, kerajaan turut menekankan bahawa mana-mana pihak sekali pun, termasuk platform media sosial, wajib mematuhi undang-undang negara.
"Langkah ini penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat, melindungi golongan rentan, dan menjamin ruang digital yang lebih selamat untuk semua," tegas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media
