GARA-gara merasakan dirinya ditipu berikutan mengetahui teman lelakinya memiliki wanita simpanan, seorang wanita nekad menikam perempuan simpanan berkenaan sehingga mati.
Memetik portal thethaiger.com, kejadian yang berlaku 23 November 2022 lalu di Urban Square Centre di Bangkok, Thailand itu, Tang Jun, melibatkan seorang wanita kelahiran China yang memasuki Thailand menggunakan visa pelancong didakwa bertindak menikam kekasih gelap teman lelaki sebanyak 27 kali.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan alam percintaan
Dalam kejadian berkenaan, Tang Jun pada awalnya dikatakan mengajak Xion Ziyi untuk bertemu memberi amaran kepada wnaita tersebut supaya tidak mengganggu teman lelakinya, warganegara Russia.
Bagaimanapun Xion Ziyi pula berkeras dan membuat provokasi kepadanya sehingga tercetus pertengkaran menyebabkan Tang Jun berang dan bertindak luar kawalan apabila mengacu sebilah pisau ke arah wanita senegaranya itu.
Dia kemudian terus menarik wanita yang berusia 34 tahun itu ke bilik air sebelum menikamnya berkali-kali.
Bagaimanapun tindakan Tang Jun itu berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan yang menyedari berlaku pergaduhan sebuah medan selera di pusat beli belah berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati Tang Jun mengaku telah membunuh wanita di sebuah bilik air wanita di pusat berkenaan. Malah mengakui mahu membalas dendam kepada Xion Ziyi dengan menikam wanita berkenaan secara bertubi-tubi.
Turut ditemukan bersama wanita yang berusia 36 tahun ketika itu sebilah pisau pengupas buah sepanjang 15 sentimeter yang berlumuran darah di sebelah mayat Xion Ziyi.
Malah mayat Xion Ziyi juga berada dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah bilik air wanita di pusat beli belah berkenaan.
Terdahulu kedua-dua wanita berkenaan dikatakan berjumpa di pusat berkenaan dan sempat makan bersama.
Sementara itu, Ketua Polis Thung Song Hong, Superintendan Marutsood Nongbua berkata, suspek dipercayai telah mengatur pertemuan dengan Xiong Ziyi di sebuah restoran di Urban Square Shopping Centre kononnya bagi menjernihkan keadaan walaupun sebenar telah merancang untuk membunuh mangsa.
Ini berikutan pihak polis telah menemukan sebilah pisau bersama Tang Jun ketika dia memasuki restoran tersebut sebelum membunuh mangsa.
Kini Tang Jun ditahan di dalam lokap sebelum perbicaraan kesnya berlangsung di Mahkamah Jenayah Ratchada dimulakan bagi mengelakkan wanita berkenaan meloloskan diri dan pulang ke negara asal. - KitaReporters