Insan & Komuniti 11 Jan, 2023

Patung replika! Bukti keagongan cinta kepada isterinya! Pesara upah hasilkan patung berharga RM13k!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

TAPAS Sandilya sentiasa bersama patung mendiang isterinya bagi merawat kerinduan tatkala melanda pada dirinya. - Kredit foto : The Dailystar


JIKALAU Maharaja Shah Jahan (1614-1666) membina Taj Mahal yang terletak di tebing Sungai Jumna berdekatan Agra, Uttar Pradesh, India sebagai lambang cinta abadi terhadap isteri kelimanya, Mumtaz Mahal dengan kos 32 juta rupee dan Istana Mahkota cinta itu mula dibina pada 1632 yang siap sepenuhnya 1648. 

Namun di sebalik monumen peringatan keagongan cinta terhadap isteri yang tersayang daripada Shah Jahan yang merupakan pemerintahan kerajaan Mughal yang kelima itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan patung-patung

APABILA kerinduan, Tapas Sandilya melihat beberapa keping foto isteri tersayang sambil membayangkan mendiang Indrani setiasa berada di sisinya. - Kredit foto: The Times of India


Ia terdapat juga orang lain yang turut mengikuti jejak Shah Jahan untuk membina monumen atau patung walaupun kosnya tidak sebesar itu tetapi ia sebagai membuktikan keuntuhan cintanya pada orang tersayang tidak pernah pudar selagi hayat dikandung badan.

Seorang pesara kerajaan, Tapas Sandilya, 65, dari Kolkata, India sanggup menghabiskan wang sejumlah 250,000 rupee (RM13,284) untuk menghasilkan sebuah patung silikon yang serupa dengan mendiang isterinya, Indrani, 59, yang telah meninggal dunia akibat Covid-19 sejak dua tahun lepas.

Tapas berkata, walaupun patung yang dibina itu tidak memerlukan belanja yang besar tetapi ia sebagai mengenangkan kematian isteri tersayang di samping kasih sayangnya tidak pernah padam dalam hidupnya meskipun Indrani sudah pergi untuk selamanya.


PATUNG menyerupai mendiang Indrani


‘’Saya membuat sebuah patung itu atas kemahuan isteri saya juga sebelum mendiang meninggal dunia, Indrani pernah pesan kepada saya sekiranya dia mati dahulu daripada saya, dia suruh saya buat patung yang berupa wajahnya sebagai kenangan abadi.

``Sekarang saya sudah tunai janji saya selepas mendiang meninggal dengan kos patung yang dibuat sekadar termampu daripada saya,’’ ujar Tapas seperti dilapor akhbar The Times Of India, baru-baru ini.


KEUTUHAN cinta dan kasih sayang terhadap isterinya tetap terpahat di hati Tapas Sandilya selagi hayat dikandung badannya. - Kredit foto : The Times of India


Patung silikon yang dihasilkan itu seberat 30 kilogram berbentuk wajah mendiang memakai kain sari berserta barang kemas yang sedang duduk di atas kerusi sofa.

Kain sari tersebut yang pernah dipakai oleh mendiang ketika menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki mereka sebelum dia meninggal dunia pada 4 Mei 2021 lalu.

Ia dihasilkan selama enam bulan oleh seorang pengukir, Subimal Das, yang banyak pengalaman menghasilkan replika silikon.

Patung Indrani itu sentiasa diletakkan di dalam bilik kegemaran isterinya dan apabila Tapas rasa kesunyian atau kerinduan sudah pasti dia terus ke bilik itu untuk merawat hatinya yang rindu selain membelai wajah isterinya pada patung berkenaan.

‘’Saya membayangkan seolah-olah dia sentiasa hadir dalam hidup saya dan kerinduan saya pada dirinya terubat juga,’’ ujarnya. - KitaReporters


TAPAS Sandilya sentiasa membelai isterinya ketika mendiang Indrani masih hidup. - kredit foto : The Times of India

 

Habis/

 

Kredit foto : Dailystar  kolkata

10
18
0
12
0
You will be interested