HANYA bermula dengan minat dan hobi semata-mata membolehkan lelaki dari Denmark ini dijulang sebagai pemanah profesional dunia.
Lar Anderson mengakui aktiviti memanah tersebut dilakukan sebagai hobi namun tidak menyangka hobi tersebut kini memberikan peluang keemasan kepadanya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan aktiviti-aktiviti memanah
Katanya, seni memanah memerlukan ketajaman mata bagi menyasarkan panah ke arah sasaran yang tepat.
Terbaharu seorang lelaki kelahiran Denmark mencipta rekod baharu dunia apabila berjaya membuat panahan dan menembusi lubang kunci bersaiz 10 milimeter (mm).
Memetik portal odditycentral.com pada 31 Oktober 2022, lalu, Lar Anderson telah berjaya menyasarkan tujuh anak panah secara tepat menembusi lubang-lubang kunci yang berukuran hanya 10mm.
Lelaki berusia 57 tahun itu, juga disebut sebagai pemanah profesional dunia, cukup dikenali dengan kemahiran memanah yang hebat.
Lagi membanggakan lagi, beliau adalah seorang pemanah yang boleh beraksi apabila berjaya memanah 10 anak patah dalam masa 4.9 saat.
Malah dia juga boleh memanah dalam kenderaan bergerak, serta memanah banyak anak panah sekali gus.
Anderson sekali lagi mencipta nama sebagai pemanah hebat apabila berjaya menyasarkan tujuh anak panah tepat melalui sasaran sempit iaitu lubang kunci berukuran 10mm sahaja.
Kehebatan yang ada pada Anderson itu juga adalah hasil usaha kerasnya sendiri yang mengakui banyak melakukan siri latihan sehingga menjadi seorang yang hebat dalam aktiviti memanah. - KitaReporters