LUMRAH semua kanak-kanak sememangnya suka bermain bersama kawan-kawan. Selain menikmati alam kanak-kanak, bermain sebenarnya membantu perkembangan mereka dari aspek fizikal, akal, bahasa , emosi dan sosial.
Perkongsian video dalam TikTok @dekone_bey, memaparkan gelagat sekumpulan kanak-kanak bermain futsal dalam cuaca hujan renyai menarik perhatian netizen dengan tindakan mereka mengusung seorang rakan yang kesakitan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kanak-kanak
Apa yang melucukan, setelah membantu membawa keluar ke tepi gelanggang mereka kemudiannya kembali bermain dan kawan yang ‘injured’ itu dibiarkan meniarap menahan sakit.
“Letak tepi dulu la. Okay, sambung main. Dok keras situ member,” tulis @dekone_bey.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan yang bersemangat meneruskan misi memburu gol seolah-olah ada pegawai perubatan datang membantu rakan ‘injured’.
Selain itu, ada dalam kalangan netizen menyifatkan sekumpulan kanak-kanak ini cukup bertuah kerana punyai pengalaman bermain bersama kawan-kawan apabila dewasa nanti dan jalani gaya hidup lebih sihat berbanding hanya sekadar bertemankan gajet.
Jangan
marah, kalau anak-anak kuat bermain kerana ia membantu pembesaran dan
pembelajaran mereka. Namun ibu bapa tetap perlu memantau anak-anak! - KitaReporters