
Pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM yang dikenali sebagai ‘Toruk Makto’ - Kredit Foto: Tentera Udara Diraja Malaysia

Pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM yang dikenali sebagai ‘Toruk Makto’ menyertai pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
Aksi memukau pesawat pejuang SU-30MKM buatan Rusia yang dikenali sebagai ‘Toruk Makto’ dalam pertunjukan udara sempena LIMA’25 ini bukan sahaja membanggakan negara malah mengangkat nama dua juruterbang anak jati Malaysia yang mengendalikannya.
Pesawat tempur canggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dikendalikan oleh Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan dan Kolonel Mohd Norazan Othman, dua juruterbang berpengalaman yang turut mencuri perhatian ribuan penonton dengan kebolehan luar biasa mereka melakukan manuver taktikal berteknologi tinggi.
Mohd Ashgar Khan (yang menggunakan nama panggailan Gunjiz) merupakan bekas pelajar SMK
Sultan Badlishah, Kulim, manakala Kolonel Mohd Norazan (yang menggunakan nama panggilan Sting) mendapat pendidikan awal
di SK Padang Matsirat dan meneruskan persekolahannya di SMK Tunku Putra,
Langkawi.
Kedua-dua Top Gun Malaysia ini menjadi inspirasi kepada generasi muda khususnya di Kedah dan Langkawi, membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang penerbangan ketenteraan boleh dicapai dengan semangat juang, latihan intensif dan komitmen tinggi terhadap perkhidmatan negara.
Pertunjukan udara LIMA’25 sekali lagi mengukuhkan reputasi TUDM sebagai antara pasukan udara terbaik di rantau ini, dengan juruterbang bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. - KitaReporters



Mohd Ashgar Khan dan Mohd Norazan, dua juruterbang berpengalaman yang turut mencuri perhatian ribuan penonton dengan kebolehan luar biasa mereka melakukan manuver taktikal berteknologi tinggi menggunakan pesawat pejuang SU-30MKM yang dikenali sebagai ‘Toruk Makto’. - Kredit Foto: Tentera Udara Diraja Malaysia