.
Video terbaru bertajuk
Baru saja menjadi Muslim sekitar sembilan bulan, pempengaruh (influencer) kelahiran Itali yang menetap di Boston, SonnyFaz yang sebelum ini dikenali dengan karakter `anak mak`, sudah jauh berubah sesuai usianya yang menginjak dewasa.
Sejak mengumumkan untuk tidak lagi bersama ibunya membuat konten reaction, ribuan pengikutnya melihat perubahan mendadak dalam kehidupan anak muda itu.
Dalam usia, 22 tahun, sudah menjadi lelaki matang dengan penampilan berjambang mengikut sunah Nabi Muhammad SAW setelah memeluk Islam.
Tiada lagi wajah keremajaan, terkini tampil berseri dengan kepala sedang ditumbuhi rambut yang dicukur selesai menunaikan umrah pada Ramadan 1446H lalu. Itu adalah umrah pertama bagi SonnyFaz sebagai Muslim.

SonnyFaz (kanan) dan Sneako (kiri) di Masjid Al Nabawi, Madinah. Kredit foto: YouTube SonnyFaz
Perginya menunaikan ibadat itu bersama seorang lagi pempengaruh, Sneako, 26, yang juga mualaf. Mereka mula saling mengenali menerusi konten Mother's Reaction dan Streaming yang dikendalikan oleh SonnyFaz.
Sewaktu itu, SonnyFaz belum lagi Muslim sementara Sneako lebih awal menjadi mualaf, berbanding SonnyFaz.
Sewaktu menunaikan umrah, Sneako dilihat sentiasa bersama SonnyFaz. Menurut Sneako dia telah beberapa kali menunaikan umrah, kerana rumah ibadat di Mekah dan Madinah itu adalah tempat kegemarannya untuk berkunjung.
Apa yang membanggakan, dua pemuda ini walaupun masih muda dan baru setahun jagung mualaf sering memaparkan konten yang memperkenal Islam dalam saluran media sosial masing-masing termasuk mempertonton kegiatan beribadat seperti solat dan berpuasa, sekali gus berdakwah secara tidak langsung walau mereka sendiri masih pada peringkat awal pembelajaran.

SonnyFaz di hadapan sekali dan Sneako (kanan), bersama rakan pempengaruh Muslim bergambar berlatarkan Kaabah. Kredit foto: Youtube SonnyFaz
Pengisian mengenai Islam dalam media sosial mereka memberi pendedahan kepada penonton bukan Islam dan pengikut Muslim di mana-mana saja.
Usaha itu ternyata berkesan, misalnya apabila mereka membuat siaran langsung dari Masjidilharam di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah, turut menjadi perhatian seorang rakan maya bukan Muslim, Tyson Hockley. Dia kerap membuat reaction dan streaming terhadap video-video umrah SonnyFaz dan Sneako, yang menggamit keterujaannya.
Rakan itu kagum dengan kegemilangan suasana dan kegiatan di pusat ibadat berkenaan sehingga berikar ingin turut ke sana pada suatu hari nanti, menampakkan minatnya terhadap Islam.
Pemuda ini antara indvidu mula tertarik dengan Islam selepas kerap bersembang seputar hal konsep ajaran dan ketuhanan agama Tuhan Yang Satu itu.
Pengikut Muslim yang belum berpeluang ke sana juga meluahkan rasa terharu dan bangga kerana dua pempengaruh itu terpilih menjadi tetamu Allah pada bulan Ramadan. Mereka seronok melihat SonnyFaz dan Sneako menunai umrah bersama rakan pempengaruh, sekali gus tidak sabar menunggu peluang untuk turut ke sana.
Video bertajuk SonnyFaz ke Mekah untuk umrah yang pertama - Kredit foto: Youtube SonnyFaz.
Bagi SonnyFaz, apa saja yang difahami dan diyakini benar (dari segi Islam), terus dikongsikan dalam maya.
Sebelum bersyahadah, bertahun juga dia membuat penyelidikan untuk mendapatkan keyakinan. Baru setahun jagung mualaf, dia sudah pandai menyampaikan kata-kata dakwah secara tidak langsung, hatta memberi nasihat kepada umum dari sudut Islam dengan fasih.
Peluang menunaikan umrah yang pertama pada Ramadan 1446H/2025M lalu, satu keterujaan bagi SonnyFaz, lebih lebih apabila mengetahui kedatangannya ke Tanah Haram itu adalah atas jemputan Allah SWT.
Menariknya, ramai lagi pempengaruh mualaf dan bukan mualaf turut menunaikan umrah ketika itu dan mereka sempat mengadakan sesi pertemuan sesama pempengaruh Muslim tersohor dengan konten dakwah dan Islam, termasuk Muhammed Ali (saluran YouTube Ali Dawah), Warner (saluran YouTube I Am "The Warner") serta tidak ketinggalan YouTuber Daud Kim.
Dalam satu perjumpaan lain, turut menghimpunkan pempengaruh Muslim Adam Saleh, Slim Albaher selain SonnyFaz dan Sneako.

Bergambar membelakangi hotel terdekat dengan Kaabah. - Kredit gambar: YouTube SonnyFaz
Di Jeddah, mereka mengatur pertemuan dengan pendakwah tersohor dan veteren Sheikh Assim Al-Hakeem yang berkongsi nasihat bermakna, menjawab soalan-soalan panas daripada pempengaruh berkenaan, berdiskusi mengenai Islam dan sosial media. Peluang ini sesuatu yang bermakna bagi SonnyFaz yang baru memeluk Islam.
Sembilan bulan lalu, SonnyFaz bersyahadah di sebuah masjid di hadapan pendakwah Shaikh Uthman, Muhammed Ali (Ali Dawah), Sneako dan beberapa lagi.
Video SonnyFaz memapar seputar pengalamannya di Madinah. - Kredit foto: Youtube SonnyFaz
Menyaksi penyampaian konten dalam talian, ramai melihat SonnyFaz memiliki bakat pendakwah sehingga dianggap pendakwah harapan dan diberi peluang untuk menimba lebih banyak ilmu daripada agamawan.
Imbas kembali, punca SonnyFaz memilih Islam, segalanya bersebab daripada penemuan fakta mengenai ajaran Islam yang dibahas bersama ibunya menerusi konten biasa dan streaming, mendorongnya mengkaji dan terus mengkaji sehingga akhirnya mengakui kebenaran mengenai ajaran Islam yang sebelumnya tidak pernah diketahui.
Sejak itu, saluran YouTubenya dikerumuni ramai pengikut Muslim, bukan saja daripada kalangan orang biasa malah turut menjadi perhatian pempengaruh @Youtuber dan @Tiktoker Muslim dengan konten dakwah.
Temu bual pengalamannya menjalani umrah dapat ditonton menerusi rakaman video pendek (shorts) yang disiarkan sewaktu di Tanah Haram, diikuti siaran video panjang, bertajuk SonnyFaz went to Mecca for his first Umrah! (SonnyFaz ke Mekah Untuk Umrah Pertama) dan SonnyFaz Visits the Holy City of Medina! (SonnyFaz Melawat Kota Suci Madinah!) dan video terbaru, bertajuk (

SonnyFaz mendengar penerangan daripada rakan pempengaruh Muslim mengenai Masjid Quba. - Kredit gambar: YouTube SonnyFaz