Insan & Komuniti 06 Jul, 2025

Bersedekahlah! Berinfaklah! Jadi saham akhirat! Bantu mereka ditimpa musibah, perlukan bantuan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Dr Azlan Shaiful Baharum menyampaikan tazkirah bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025 Masihi di PJMM.


Surah Al-‘Asr iaitu surah ke -103 dalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga ayat. 

Surah Al-‘Asr menjelaskan mengenai pentingnya waktu dan kerugian yang dialami manusia jika tidak mempergunakannya dengan baik, kecuali mereka yang beriman, beramal saleh, saling menasihati dalam kebenaran dan menasihati dalam kesabaran.

Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berkata surah itu sudah menjelaskan bahawa demi masa iaitu dimulai dengan sumpah Allah atas waktu, menunjukkan betapa berharganya waktu dalam kehidupan manusia.

Menurutnya, ayat itu menjelaskan pada umumnya sesungguh manusia itu benar-benar berada dalam kerugian jika tidak memanfaatkan waktu mereka dengan baik dan mengecualikan orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dan saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.

Tambahnya, dengan demikian surah itu memberikan pelajaran mengenai pentingnya waktu, keimanan, amal saleh dan saling mengingatkan dalam kebaikan serta kesabaran sebagai kunci untuk terhindar daripada kerugian di dunia mahupun akhirat.


Antara penyumbang yang banyak membantu PJMM menerima sijil penghargaan merakamkan kenangan bersama Azman Rasman.


“Dalam surah ini, Allah sudah mengingati kita sebagai hambanya untuk beriman dengan sering membuat amalan kebaikan termasuklah berinfak memberi sumbangan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan,” ujarnya ketika menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Ke mana berakhirnya amalan dan harta kita’ bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor pada 29 Jun 2025. 

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Setiausaha PJMM, Muhammad Syafiq Mohiadin; Penasihat PJMM, Mohiadon Bahado; dan aktivis masyarakat, Datin Dr Noormala Mohd Yusoff; serta penyumbang, sukarelawan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tetamu jemputan.

Pada majlis itu, PJMM turut menganugerahkan sijil dan cenderamata penghargaan kepada empat tokoh Maal Hijrah PJMM dan kepada 10 tenaga sokongan yang banyak berbakti kepada pusat itu bagi menyelia serta mengurus warga emas.


Dr Noormala Mohd Yusoff (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada kakitangan sokongan PJMM.


Dr Azlan berkata, bertepatan dengan tajuk tazkirah itu, amalan bersedekah dan berinfak bukan sahaja besar pahala ganjarannya malah akan membuat seseorang berasa lapang serta tenang apabila sebahagian harta dunia dimanfaatkan ke jalan yang betul. 

Menurutnya, apabila seseorang itu dilanda musibah atau pelbagai masalah selain berdoa kepada yang Maha Esa memohon pertolongan, kebaikan merupakan satu ibadah apatah lagi bersedekah memberi makan kepada orang akan menambahkan lagi keberkatannya.

Jelasnya, justeru apabila banyak berhibah dan berinfak hendaklah berlandaskan sunah Rasulullah dan al-Quran seperti berkongsi harta benda yang kita sayang, bahagian yang baik serta elok di samping berkualiti dengan mereka memerlukan bantuan.


Azman (tengah) merakam kenangan bersama-sama empat Tokoh Maal Hijrah 1447H/2025 Masihi, PJMM, Semenyih, Selangor. 


Bagaimanapun apa sering berlaku sebagaimana dilaporkan dalam media sosial katanya, kelaziman barangan yang disumbang atau diinfak untuk meringankan bebanan seperti mangsa bencana alam adalah sudah rosak, pakaian terkoyak selain tidak bersesuaian. 

Tambah beliau, sepatutnya perkara sedemikian tidak berlaku kerana mangsa terbabit sudahlah berada dalam kesedihan tetapi terpaksa menghadap permasalahan yang kurang membantu memulihkan kehidupan mereka sekeluarga.

Dr Azlan turut berpesan supaya amalan bersedekah itu hendaklah dilakukan setiap hari dan bukan setakat pada hari Jumaat di samping berbuat baik dengan sesiapa sahaja terutama jangan sekali-kali membuka aib orang atau bergaduh kerana hakikat kita sendiri tidak sempurna.

“Selain berinfak atau menyumbangkan barangan kepada mereka yang memerlukan bantuan termasuklah wang ringgit merupakan pelaburan bagi saham akhirat dan jangan sekali-kali berprasangka kepada seseorang yang menagih simpati,” ujarnya.


Dr Azlan (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Azman sambil diiringi Mohiadin Bahado (kanan) dan penceramah bebas, Ustaz Alias Ahmad.


Sementara itu, Muhammad Syafiq berkata, pada sambutan maal hijrah berkenaan, PJMM membuat kelainan daripada tahun lalu (2024) apabila memilih empat Tokoh Maal Hijrah dan meraikan 10 kakitangan yang banyak menabur bakti untuk pusat berkenaan.

“Tanpa bakti dan jasa sukarela mereka yang diibaratkan sebagai wira tidak didendang ini dan membabitkan juga penyumbang dan NGO sukar untuk PJMM terus gah beroperasi hampir satu dekad membela nasib warga emas, gelandangan sebatang kara, orang kurang upaya meneruskan kehidupan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi pejabat PJMM 03-87232394 atau 017-3786804 (Syafiq). Sementara itu, sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB Islamic nombor 86031 60021 atas nama Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia. - KitaReporters


Penyumbang, ahli NGO dan tetamu jemputan memberi tumpuan kepada tazkirah di sampaikan Dr Azlan.

16
17
0
14
0
You will be interested