Insan & Komuniti 15 Feb, 2024

Video| Kes poliandri? Pengantin wanita dua suami? Majlis perkahwinan di Madura jadi gempar dan tular!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Satu perkahwinan yang berlangsung di Madura, Jawa Timur menggemparkan apabila pengantin perempuan diapit oleh dua lelaki berpakaian sama. 

Ini menyebabkan hadirin menganggap pengantin wanita adalah seorang poliandri alias mempunyai dua suami.

Majlis berlangsung di Tagangser Laok, Kecamatan Waru, Kabupaten Pamekasan, Madura, Jawa Timur pada 20 Januari 2024. Majlis perkahwinan ini tular kerana ada dua pengantin lelaki dan satu pengantin wanita di pelaminan. 



Ketiga-tiga memakai busana pengantin adat Sunda lengkap dengan aksesorinya. Para netizen pun heboh menganggap pengantin wanita poliandri alias memiliki dua suami.

Video yang dimuat dalam TikTok oleh @mua_rahmawati telah ditonton lebih 7.3 juta kali. Ia dirakam oleh Rahmawati yang juga sebagai salah seorang jurusolek atau mak andam  bagi pengantin.

Rahmawati memberitahu media Wolipop, lelaki yang lebih tua itu adalah bapa saudara kepada pengantin lelaki.

Si bapa saudara ingin berasa memakai pakaian pengantin dan dirakam video serta foto kerana tidak pernah berasa sedemikian ketika berkahwin dahulu.


Setelah perkara sebenar diumumkan oleh pengacara majlis baharulah para hadirin bertepuk tangan dan puas hati menyaksikan majis persandingan sedemikian.

Sebenarnya isteri bapa saudara turut hadir dengan memakai pakaian yang sama dengan pengantin wanita.

Namun dia terlambat berhias menyebabkan hanya suaminya muncul di pelaminan berseorangan. Akibatnya ia menjadi tular dengan anggapan ramai berlaku perkahwinan seorang wanita dengan dua suami.

Akibatnya video Tiktok itu tular dan telah ditonton lebih  7.3  juta kali. - KitaReporters

10
9
0
14
0
You will be interested