Insan & Komuniti 25 Apr, 2024

Zahirkan Kesyukuran! Kempen Rezeki Qurban 2024 IR Malaysia! Sasar dana RM500k untuk enam negara!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) melancarkan kempen Rezeki Qurban #zahirkankesyukuran dengan sasaran dana sebanyak RM500,000 sempena sambutan Aidiladha tahun ini (2024). 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Shukor Tahir berkata, IR Malaysia membuka penyertaan sebanyak 810 bahagian korban untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Gaza, Palestin. 

“Setiap tahun, IR Malaysia komited untuk menjadikan ibadah korban umat Islam, khususnya di Malaysia lebih bermakna. 

“Tahun ini (2024), bermula dengan penyertaan serendah RM380 satu bahagian, mereka berpeluang melaksanakan ibadah yang sangat dituntut ini disamping dapat membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban,” katanya. 



Tambah Mohd Shukor, antara golongan penerima manfaat yang akan menerima sumbangan ini termasuklah ibu tunggal, warga emas, anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), pelarian, keluarga terjejas bencana, dan keluarga dengan bilangan isi rumah ramai. 

Setiap pek agihan daging korban mengandungi kira-kira 2 hingga 4 kilogram daging yang dijangka dapat memberi keringanan kepada keluarga penerima bagi tempoh satu minggu. 

“Pada tahun lepas (2023), berkat sokongan orang ramai, Islamic Relief secara global telah berjaya mengagihkan 607,402 pek daging korban untuk dinikmati oleh lebih 3.4 juta orang di 28 buah negara. 

“Agihan tersebut merangkumi penyertaan bahagian korban daripada rakyat Malaysia yang memberi manfaat kepada 18,802 penduduk di Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Gaza, Palestin melalui edaran 1,168 pek daging korban.

“Asas pemilihan negara-negara bagi pelaksanaan korban yang ditawarkan oleh Islamic Relief antaranya meliputi aspek ekonomi sesebuah negara, di mana penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, negara yang berdepan krisis dan konflik kemanusiaan berpanjangan serta penduduk di negara yang berdepan masalah kekurangan zat makanan atau malnutrisi,” kongsi Mohd Shukor. 



Orang ramai diseru untuk mendaftar bahagian korban bersama IR Malaysia dengan memilih mana-mana pakej sumbangan berikut; RM380 (Mali), RM480 (Malawi), RM520 (Somalia), RM1,200 (Yaman), RM2,200 (Syria) dan RM2,200 (Gaza, Palestin). 

Untuk mendapat maklumat lanjut, layari laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi talian 03-8926 3434 atau terus hadir ke pejabat IR Malaysia. 

Pendaftaran Rezeki Qurban dibuka sehingga 10 Jun 2024. - KitaReporters/Kenyataan Media

13
9
0
14
0
You will be interested