Insan & Komuniti 07 Aug, 2023

Opah Ngomel| Video| Kekalkan Menu Rahmah sampai mati! Pupuk nilai Rahmah sebagai satu value Madani!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


OPAH orang Kelantan. Jadi Opah nak ngomel bagaimana negeri yang penduduknya dianggap miskin dan tahap pendapatan  dikatakan di bawah paras miskin, mengajar kita semua cara mengatasi masalah harga barang mahal dan cuba menyesuaikan kehidupan yang serba serbi mahal.

Di Kelantan sejak dulu sudah ada 'nasi berlauk', nasi kerabu, nasi tumpang dan nasi kukus yang harganya sangat murah. 

Nasi berlauk umpamanya ada seketul dua ayam, sekeping timun dan sambal dijual di negeri itu dalam harga RM3.50 sebungkus. 

Bila sampai di Kuala Lumpur harga jadi mahal sebab kos upah bawa dan pengangkutan.

Makan nasi berlauk sebungkus boleh tahan seharian. Sangat mengenyangkan sebab itu makanan yang mengisi perut penarik beca, penjaja tepi jalan dan di pasar yang masing-masing tahu betapa susahnya mencari rezeki. 



Dan bila ada perasaan Rahmah (kasih sayang) mereka menjual demi keuntungan tidak banyak tapi tak juga rugi.

Kasih sayang itu boleh ditanam dengan kita utamakan perniagaan ala patuh syariah. Orang berniaga ada asas iman yang tidak melihat keuntungan besar itu diperolehi dengan cara menipu atau manipulasi harga.

Parti PAS dulu ada rancangan menjadikan Malaysia Negara Kebajikan malah pasar raya Mydin yang bersungguh-sungguh menjadi tulang belakang pembangunan Inisiatif Menu Rahmah itu juga asalnya dari Kelantan. 

Legasi Mydin yang bermula dari sebuah kedai di Kota Bharu kini berkembang menjadi pasar raya kutipan jutaan pendapatan.

Tetapi harga yang masih dijual di pasar raya Mydin seluruh negara masih menepati kehendak rakyat walaupun  pelbagai tohmahan dibuat. Barang murah, tiada kualiti. 

Bila Eco Save buat kedai RM2 ringgit ramai saja yang serbu kedai itu walaupun sebahagian besar di kedai itu lebih kurang sama dengan MYDIN.



Sebab itu Opah kata Inisiatif Menu Rahmah ini bukan benda baharu pun. Cuma bila diberi nama bhaaru oleh Pakatan Harapan yang menjadi Kerajaan Perpaduan, maka timbullah macam-macam kritikan. Sebenarnya sejak zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak lagi Menu Rahmah ni dah ada.

Ingat lagi tak, Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang sepatutnya kita boleh dapat sampai RM2,000 setahun tu! 

Ada orang guna duit Brim buat modal niaga burger dan berjaya sampai kini. Dan apabila kerajaan bertukar cara penyampaian bantuan itulah yang bertukar dan diperelokkkan lagi.

Matlamat terakhir kerajaan adalah seboleh-bolehnya membantu rakyat tetapi dalam hendak berjaya, itulah ada tangan-tangan "jahat" yang sorokkan barangan yang patut dijual murah seperti minyak dalam plastik, beras Malaysia dan sebagainya. Buatkan barangan itu jadi naik harga.



Bila Opah lihat video bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Allahyarham Datuk Seri  Salahuddin Ayub sebak dan menangis ketika menerima nota dari seorang nelayan masa dia menjadi menteri pertanian. dia bertekad teruskan juga bantuan Menu Rahmah ni masa mengetuai kementerian KPDN.

Dengan cara menyediakan bantuan bakul makanan dan mengadakan jualan murah Rahmah di serata negara. Dulu ada pasar tani untuk lawan harga. Malangnya pasar tani telah dikuasai peniaga-peniaga asing dan tiada kawalan harga. Jarang kita nak jumpa orang kampung berjual di pasar tani.


May be an image of 4 people and text

Peniaga juga digalakkan menyediakan menu Rahmah. - Kredit foto: Laman KPDN


McD pun ada menu rakyat.


Masih ingat lagi kata-kata arwah, bagi orang lain bakul makanan ini tak ada maknanya kerana di dalamnya ada sedikit beras dan gula serta tepong. Tetapi bila bakul ini sampai ke tangan orang miskin, mereka menangis dan ada tu siap meminta arwah tunggu untuk mendoakan dia pula.

Kerajaan Malaysia Madani berharap sangat supaya Menu Rahmah ini kekal sampai bila-bila kerana yang menjayakannya bukan kerajaan saja tetapi semua pihak - pedagang besar, pemborong, peruncit mahupun penjaja tetapi jalan.

Nak tahu komitmen kerajaan kepada program ini? Pada 1 Ogos 2023, info dari Laman KPDN menyatakan kerajaan tambah lagi RM50 Juta untuk perluas Jualan Rahmah.

"Kerajaan komited dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. RM50 juta ditambah untuk Jualan Rahmah atas faktor kejayaan program dengan sambutan rakyat menggalakkan.

"YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri sasarkan rekod bantu keperluan asas komuniti miskin. Inisiatif Rahmah berusaha mencipta impak positif untuk mereka yang memerlukan. Program Rahmah disokong baik oleh masyarakat di setiap bandar dan luar bandar.
"Suara dan keluhan rakyat harus disantuni dengan menyelesaikan segala permasalahan. Ketahui hak anda sebagai seorang pengguna dengan melibatkan diri dengan segala program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan."


Jika kita mampu membuatnya bersama, jadikan Menu Rahmah satu nilai, mungkin sampai bila-bila pun setiap orang yang berniaga akan ingat dan lakukan sama ada dia dapat untung atau tidak, ada bahagian kita sudah ada niat bantu orang susah.

Jika itu boleh berlaku negara Malaysia boleh muncul sebagai negara penuh kasih sayang (Rahmah).

Setakat 27 Februari 2023, Sebanyak 37,373 ketua isi rumah (KIR) bakal menerima manfaat menerusi inisiatif Bakul Rahmah yang diperkenal oleh KPDN.

Mydin pula meneruai Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin pula berjanji akan meneruskan inisiatif Menu Rahmah kekal 'sampai mati'.  Sebab menu itu sangat ringkas dan menyentuh setiap "hati" rakyat negara ini yang sudah lama terkenal dengan sikap suka menderma.

Kita patut bersyukur kerana orang miskin di negara ini juga masih dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi bantuan kebajikannya dan Baitulmal yang menolong bukan setakat beri makanan malah bantuan kos rawatan perubatan yang begitu banyak. - KitaReporters


15
15
0
12
0
You will be interested