PM melancarkan buku The MPI Journey sempena majlis makan malam MWM dan penghargaan untuk wartawan.
TAHNIAH Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan wartawan yang masih terus dapat berkarya dan mendapat pengiktirafan selepas syarikat cari gali minyak negara itu bersetuju meneruskan tajaan tiga tahun lagi bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) anjuran Malaysian Press Institute (MPI) atau Institut Akhbar Malaysia.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Ekssekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya turut memaklumkan mulai tahun depan (2024) juga, dua katogeri baru akan diperkenal iaitu calon penyertaan dari radio dan televisyen yang butiran lanjutkan akan diumumkan tidak lama lagi.
Dr Chamil Wariya.
HKM diperkenal sama dengan hadiah kewartawanan Pulitzer Prize yang ditaja oleh seorang jutawan Amerika Syarikat, Joseph Pulitzer yang diperkenal di negara ini sebagai penghargaan kepada wartawan yang menghasilkan tugasan yang cemerlang tanpa mengira karya yang digarap.
"Dengan ini kita mampu meningkatkan mutu kerja yang dihasilkan oleh wartawan di samping menggambarkan ada pihak menghargai sumbangan mereka dalam meuar-uarkan maklumat kepada rakyat dalam semua bentuk cetakan, elektronik dan sekarang digital," demikian kata beliau dalam ucapan sempena menyampaian hadiah HKM-MPI-Petronas 2022 pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2023 di Kuala Lumpur pada 9 Jun 2023.
Lebih 800 tetamu hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Timbalannya, Teo Nie Cheng; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha, pengarang akhbar terkemuka negara, tokoh wartawan, veteran dan penaja utama malam berkenaan.
Majlis diserikan oleh penyanyi lagu-lagu muzik asli, Haziq Rosebi dan penyanyi terkenal Dayang NurFaezah.
Penolong Pengarang Berita Harian Metro (HM), Yusmizal Dolah Aling, 41, merangkul hadiah utama, Hadiah Kajai bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2022 menerusi siri laporannya bertajuk 'Terima Kasih Laoshi', 'Hadiah Raya Paling Bermakna', 'Rohana Abdullah kini warga Malaysia' dan 'Sanjung Budi Laoshi'.
Hadiah disampaikan oleh Anwar Ibrahim dan kemenangan itu melayakkan beliau membawa pulang hadiah RM30,000, sijil dan trofi.
Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abd Karim pula menang emas Kategori Laporan Berita Cemerlang dengan laporan bertajuk 'Mossad Behind KL Abduction' dan 'Smoking Out Spooks' turut menjadikan kumpulan NSTP merangkul hadiah utama dan turut cemerlang dalam beberapa kategori lain.
Penerima anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia -MPI -PETRONAS
Sebelum itu, Dr Chamil berkata matlamat murni HKM adalah untuk menyuburkan semangat kewartawanan beretika dan bertanggungjawab dengan menjunjung prinsip yang mulia, laporan berteraskan kebenaran dan bertepatan dengan maklumat.
Paling penting, katanya laporan wartawan bertauliah (tidak macam dalam media sosial) ini dapat meminimumkan kemudaratan, bertimbang rasa serta dapat memberi pencerahan kepada orang ramai mengenai isu-isu dan peristiwa yang berlaku di sekeliling dengan penuh etika dan mengutamakan manfaat kepada masyarakat.
Malam penghargaan itu ibarat lanjutan daripada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang diadakan di Ipoh selama dua hari bermula pada 27 Mei 2023. MWM diperkenalkan pada 1980 sehingga kini sudah diraikan sejak 42 tahun lalu.
Sebelum itu, hadiah berkenaan ditaja oleh Malaysian Tobacco Company (MTC) bagaimanapun sejak 1994, Petronas mengambil alih tajaan sehingga kini.
Dr Chamil berterima kasih kepada semua pihak termasuk penaja makan malam dan katanya Petronas turut meningkatkan tajaannya dari RM70,000 yang kemudian dinaikkan RM100,000 dan sekarang RM300,000.
MPI turut merakamkan ucapan tahniah kepada tiga wartawan Malaysia yang bekerja dengan agensi media AS kerana turut menang hadiah Pulitzer Prize bermula dengan Mei Fong pada 2007, Edmund Yong (2021) dan wartawan foto, Marcus Yam pada 2022.
Tahun ini HKM-MPI-Petronas bagi edisi 2022, MPI menerima 368 penyertaan berbanding 350 pada tahun sebelumnya dan 45 karya yang dihasilkan oleh individu dan berkumpulan telah diberi anugerah pemenang emas yang membawa pulang wang tunai RM10,000, manakala pemenang perak RM1,500 dan pemenang gangsa RM1,000.
Manakala hadiah Kajai pula membawa pulang RM30,000, trofi dan sijil. Malah MPI juga melancarkan buku terbitan The MPI Journey, sejarah perjuangannya selama 42 tahun itu.
Dr Chamil bangga apabila ada agensi berita yang menjadikan HKM ini sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam kerjaya wartawan.
"Tanpa penyertaan mereka yang meningkat saban tahun bagi 17 katogeri yang dipertandingkan, MWM tidak akan dapat dijayakan dengan gemilang," katanya. - KitaReporters
Berikut senarai pemenang utama dan emas Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2022
• Hadiah Kajai: Yusmizal Dolah Aling (Harian Metro)
• Anugerah Khas: James Alexander Ritchie (New Sarawak Tribune)
• Tokoh Media: Datuk Henry Lau Lee Kong (Borneo Post Sdn Bhd)
• Laporan Berita Cemerlang: Farrah Naz Abd Karim (New Straits Times)
• Berita Video Terbaik: Juliana Sharin, Mohd Jufri Mohd Judin (TV3)
• Laporan Radio Terbaik: Rosdi Omang (NasionalFM)
• Kewartawanan Multimedia Cemerlang: Lee Long Hui, Ooi Choon Nam, Yan Jing Tian, Syariman Badrulzaman, Andrew Ong Kok Heng, Raveena Preet Kaur Nagotra (Malaysiakini)
• Dokumentari Video Terbaik: Chirstine Lee Mei Chin, Mohd Zahril Abdullah (TV3)
• Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang-Petronas: Wong Siew Lyn, Law Yao Hua, Masjalizah Hamzah, Lee Kwai Han, Yeong Hui Jin, Ushar Prakash Kaur Daniele (Macaranga)
• Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang: Aliza Shah Muhammad Shah (The Star)
• Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang: Martin Prasad Vengadesan (Malaysiakini)
• Hadiah Wartawan Muda A Samad Said Ismail-TV: Andy Reza Rohafiam Khairul Anwar (RTM)
• Hadiah Wartawan Muda A Samad Said Ismail-Cetak: Sandhya Menon (The Star)
• Penulisan Rencana Cemerlang: Nurul Isnaini Mohd Muslim (Bernama)
• Kewartawanan Esei Foto Cemerlang: Mohd Adlan Mat Sidek (Malaysia Gazette)
• Kewartawanan Foto Cemerlang: Mohamed Sairien Mohamed Nafis (The Vibes)
• Desain Halaman Pertama Terbaik: Tung Eng Hwa (Majoriti7)
• Infografik Terbaik: Mohamad Sany Misnan (Utusan Malaysia).