Insan & Komuniti 06 May, 2024

Video| Rombongan hantaran sepanjang 1 kilometer? 200 pembawa pelbagai barangan! Bagaikan pindah rumah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Di Indonesia banyak berlaku perkara ‘pelik’dan unik ketika majlis pernikahan dijalankan. Terbaharu berlaku di Desa Kaliaren, Kuningan, Jawa Barat pada Selasa, 23 April 2024.

Rombongan pihak lelaki lebih 200 orang. Mereka berjalan membawa barang hantaran sehingga panjangnya dikatakan mencapai satu kilometer. 


Terlihat pelbagai barangan dibawa. Antaranya barangan makanan basah termasuk tandanan pisang dan tembikai.  

Turut diberi ialah perhiasan dan keperluan wanita seperti pakaian, beg, kasut, alat kosmetik, set sejadah sehingga produk perawatan tubuh berjenama.

Di samping itu turut diberikan ialah almari pakaian, katil dan meja hias. Turut diberikan ialah sejumlah barangan elektrik untuk keperluan dapur termasuk peti ais dan peti TV. Turut diberikan ialah sebuah motosikal elektrik.



Selain kereta mewah, beberapa kereta pikap turut digunakan untuk membawa barangan seperti motosikal, katil, almari, katil, tilam, meja hias, peti ais. Acara itu terlihat seperti ingin ‘pindah rumah’.

Majlis perkahwinan itu tular setelah videonya dimuat naik dalam TikTok  @permaisuri_wo. Ia telah ditonton lebih 4.4 juta kali.

Bagaimanapun pemilik akaun TikTok itu tidak menyatakan nama pasangan pengantin dan siapa mereka dan berapa mahar atau mas kahwinnya.



Apa yang pasti pengantin lelaki adalah golongan berada dan membuat pengantin wanita dan keluarga tersenyum bangga.

Para netizen kagum dengan barangan hantaran dan berharap pasangan pengantin akan menjalin hubungan bahagia sehingga ke akhir hayat. - KitaReporters

..
10
10
0
11
0
You will be interested