Insan & Komuniti 24 May, 2024

Video| Pemuda cuci tandas keliling kampung! Usaha galakkan golongan muda untuk berbakti kepada masjid!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Bukan sesuatu yang mengejutkan terdapat sejumlah tandas dan tempat mengambil wuduk di masjid yang tidak langsung mencapai tahap yang memuaskan walaupun aspek kebersihan dituntut oleh agama.

Tidak ramai yang sedia melakukan kerja pembersihan secara sukarela bagi memastikan kebersihan pada tahap memuaskan. Ramai yang  lebih mengharapkan kerja pembersihan dilaku oleh pekerja berbayar.

Kerja sukarela yang dilakukan oleh seorang pemuda bernama Cecep atau nama lengkap Muhamad Cecep Abdullah, 25, di Kecamatan Citamiang, Sukabumi, Jawa Barat perlu dijadikan aspirasi umat Islam lain khususnya anak-anak muda.

Cecep berharap kerja amal yang dilakukan menjadi inpirasi golongan muda untuk berbakti kepada masjid


Cecep sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membeli barang keperluan mencuci tandas dan menggunakan waktu terluangnya untuk melakukan kerja amal itu.

Bukan sebuah tandas, sebaliknya 10 tandas di sekitar kawasan kampungnya dicuci secara bergilir setiap hari secara bergantian.


Cecep yang merupakan peniaga makanan ringan iaitu  tahu ngenjot memperuntukan sebahagian keuntungan jualan untuk membeli keperluan mencuci seperti peralatan mencuci dan sabun.

Walaupun menerima teguran sinis daripada sejumlah anggota masyarakat, ia tidak melemahkan semangat Cecep untuk melakukan kerja mulia itu.

Kerja amal itu dilakukan sejak berusia 14 tahun iaitu sejak 2012 dan sehingga kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. 



Cecep mempunyai alasan untuk berbakti kepada masjid. Ketika mencari pekerjaan di Jakarta, Cecep mempunyai masalah untuk menyewa kerana kekurangan wang. Lalu dia menjadikan beberapa masjid di Jakarta sebagai tempat berehat dan tidur.

Dan ketika itu, Cecep sering melakukan kerja pembersihan di masjid yang dihuninya sebagai membalas kemudahan berehat dan tidur secara percuma.

Beberapa tahun kemudian dia kembali tinggal di Sukabumi dan menjalankan perniagaan berjualan cilok dan tauhu genjrot secara mengelilingi kampung.


Menyedari masjid bukan hanya untuk beribadat tetapi boleh diguna untuk tujuan sosial, Cecep berazam untuk menjadikan rumah ibadat bersih dan selesa untuk dikunjungi. 

Justeru Cecep selain membeli beberapa perkakas pembersihan, selepas berniaga sanggup pergi ke sesebuah masjid di kampungnya untuk melakukan kerja pembersihan di tandas dan tempat mengambil wuduk.

Kerja amalnya semakin giat dilaku setelah berkahwin dan mempunyai anak.


Kerja amal dia membersihkan tandas dan tempat mengambil wuduk kini tular setelah Cecep memuat naik kegiatannya dalam Instagram @cleanermasjid. 

Menurut Cecep dia memuat naik kegiatannya dalam masjid bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk menarik minat golongan muda melakukan kerja mulia, bukan dengan meminta upah. 

Hantaran yang dimuat dalam Instagram @cleanermasjid kemudian tular dan menjadi bahan berita beberapa media cetak dan elektronik. 

Dan rezeki dimiliki Cecep, apabila seorang pengikut menawar pemuda ini untuk menunai umrah sebagai menghargai kerja amal yang dilakukannya.

Malah Walikota Sukabumi menawarkan Cecep bekerja dalam bahagian sosial, namun dia enggan kerana lebih berminat mencari rezeki dengan berniaga. - KitaReporters


10
18
0
14
0
You will be interested