Insan & Komuniti 10 Aug, 2024

Sembang-Sembang! Sekarang ni banyak reunion! Tapi jangan berlebih-lebihan! Buat ikut kemampuan cukup!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Kata pepatah. Ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Ikut kemampuan insya-Allah, tenang dan aman. 

Reunion atau pertemuan semula menjadi. Acara popular dalam kalangan masyarakat sejak belakangan ini. Baik reunion sekolah rendah, menengah, pejabat, universiti, pusat latihan dan sebagainya, ia telah menjadi rutin tahunan bagi sesetengah orang. 

Namun yang banyak didengar adalah reunion zaman sekolah dan bekerja. Macam-macam cara dilakukan untuk memeriahkan pertemuan semula tersebut. 

Ada yang terbang ke luar negara, melancong dalam negara dan ada yang hanya mampu buat di tempat tinggal atau lokasi perkenalan bermula. Contohnya di sekolah. 

Malah ada yang sanggup berhabis-habisan untuk menceriakan pertemuan dengan pelbagai acara menarik. Fokusnya hanya untuk berseronok dengan sahabat dan kawan yang telah dikenali berpuluh-puluh tahun dan kekal bersahabat sampai sekarang. 

Mengenang persekolahan dan zaman remaja serta kejayaan hidup sehingga menjadi orang, tentunya banyak yang boleh dikongsi dengan teman-teman. 



Ada yang menetapkan tema untuk majlis. Kalau pakej 4H3M misalnya ada pakaian dan warna yang ditetapkan. Acara paling wajib adalah bergambar beramai-ramai dengan tema yang dipilih. 

Ada yang memilih untuk pakaian wanita kampung jika majlis diadakan di kawasan yang ada sawah padi. Jika di pulau dipilih pula untuk bergambar atas kapal layar, bot atau tepi pantai dengan pakaian sesuai lengkap berkaca mata hitam dan topi. Bergaya sakan! 

Ada yang memilih masuk kampung dengan menyewa homestay. Berkayuh basikal keliling kampung, menikmati kehidupan bersama penduduk antara kelainan yang diminati mereka yang dibesarkan di bandar. 

Pendek kata pelbagai acara menarik dirangka untuk tujuan tersebut bagi menggembirakan semua yang hadir. Bertukar-tukar hadiah, berkaraoke, bercerita kisah dulu-dulu antara pengisian yang wajib ada. 

Ada juga yang mengadakan bacaan yasin dan tahlil untuk guru dan sahabat yang terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi. Apapun terpulang kepada grup penyertaan menentukan acara apa yang mereka mahukan. 

Ada yang memilih untuk masak jika menyewa homestay. Masing-masing ada bakat memasak. Apa lagi rewang sambil masak juga sangat menarik. Riuh rendah dapor dibuatnya. Bagi yang tinggal di hotel tentu makanan telah tersedia. Konsep mereka ini jalan-jalan cari makan. Yang penting semua happy dan puas hati. 

Ada juga yang hanya berkumpul di rumah salah seorang yang jadi host. Makanan buat potluck. Seorang tetamu bawa satu menu. Tuan rumah hanya sediakan minuman dan pencuci mulut. Tapi biasanya tuan rumah tak mau kalah.Masuk rumah meja sudah penuh dengan aneka menu.

Apapun caranya mengeratkan silaturahim sangat mulia. Namun mesti ikhlas dan atas dasar kepercayaan yang menebal. Saling membantu. Bertolak ansur. 



Apapun nawaitunya buatlah majlis reunion mengikut kemampuan. Ingatlah. Tidak semua rakan dan sahabat kita berjaya dalam hidup dan mampu untuk ikut serta walau keinginan mereka sangat tinggi.

Pada usia tua acara begini sangat sesuai. Bukan setakat mengimbau kenangan tetapi menghargai makna persahabatan dan nilai kasih sayang. 

Namun, perlu juga diingati.Bermewah pada yang ada. Sederhana bagi yang kurang. Yang tidak mahu join, doakan mereka sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. 

Semoga persahabatan kekal ke syurga. - KitaReporters

13
13
0
13
0
You will be interested