Insan & Komuniti 11 Dec, 2024

Video| Kanak-kanak 10 tahun azankan adik! Ganti ayah yang jauh di perantauan! Terima pujian netizen!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Bayi Islam yang baharu dilahirkan perlu diazan dan diiqamatkan oleh bapa atau anggota keluarga terdekat. Kebetulan seorang wanita terpaksa melahirkan ketika suaminya bertugas di perantauan.

Namun dia bersyukur apabila anak lelakinya yang berusia 11 tahun telah memperlihat sifat kepimpinan dalam sebuah keluarga.



Si anak itu mengambil alih tugas bapanya. Dia lalu menghadap ke arah tempat bayi ditidurkan di sebuah bilik di hospital dan mendekat ke telinga si bayi dan melaungkan azan pada telinga kanan walaupun kurang lancar kerana gementar dan kemudian melafazkan iqamah pada telinga kiri bayi tersebut.

Peristiwa itu turut disaksi oleh beberapa jururawat sebuah hospital di Cilacap, Jawa Tengah pada 11 November 2024.



Kejadian itu sempat dirakam seorang jururawat dan dimuat naik dalam TikTok @byan.arshaka. Ia kemudian tular setelah turut dimuat naik oleh sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia. 

Para netizen memuji tindakan yang dilaku si anak itu yang telah memperlihat sifat bertanggungjawab walaupun masih belum baligh.  Video itu telah ditonton lebih sejuta kali.



Sementara itu beberapa bulan lalu, seorang kanak-kanak di Tenji, Bogor, Jawa Barat juga viral apabila videonya dimuat naik dalam TikTok @nursyifaa1709 dan juga beberapa laman sosial.

Kanak-kanak yang berusia 10 tahun ini menggali lubang dan menanam ari-ari adiknya kerana ayahnya bekerja di perantauan. Dengan suara merdu kanak-kanak ini kemudian mengalunkan azan.

Dua kes ini memberi pengajaran kepada ibu bapa untuk mengajar anak berfikir lebih matang daripada usia dalam melaksanakan perkara baik. - KitaReporters

12
17
0
13
0
You will be interested