Insan & Komuniti 19 May, 2020

Jika tak cedera, bukan tukang masak! Saya ada - Tunku Azizah

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SIAPA yang tidak pernah mengalami tangan melecur atau pun terluka pisau ketika mula-mula masuk dapur memasak? Rasanya semua ada menyimpan pengalaman tersendiri dan tidak terkecuali puteri raja sekali pun yang kini bergelar Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - KitaReporters

Baginda berdua turut mengamalkan 'social distancing'. Pix IG @airtangan_tunkuazizah.


Berkongsi gambar kesan cedera pada tangan kiri baginda dalam laman Instagram @airtangan_tunkuazizah, Tunku Azizah memulakan bicara dengan berkata, “biasalah kalau kita memasak…. mesti nya terkena periuk panas atau minyak, terkena pisau/luka atau wap steam,

"Jika sesiapa tidak mengalaminya, mereka ‘bukanlah tukang masak," Tunku Azizah berpendapat.

Mengenang kembali masa kecilnya, Tunku Azizah memberitahu gemar mengacau tukang masak yang sedang memasak di dapur.


Foto Kredit IG @airtangan_tunkuazizah.


“Saya masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana! 

"Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya, 'anak raja sila keluar dapur, nanti parut/ bertanda bila bersanding'," tulis baginda.

Pun begitu, kata Tunku Azizah, mereka membenarkan baginda membantu hanya dengan mengupas bawang, mengupas kentang atau memetik taugeh.

“Dari situlah saya belajar memasak. Mereka akan tunjuk kepada saya cara-cara, berkongsi petua dan resepi,” ujar Tunku Azizah sambil mendedahkan mereka turut berbisik kepada baginda agar tidak mengajar adik beradik lain.

Tunku Azizah seterusnya menulis baginda merupakan puteri kesayangan para tukang masak kerana rajin ke dapur membantu mereka.

“Saya rajin bawa buku nota, suka menanya dan tulis resepi-resipi,” ujar baginda.

Perkongsian gambar kecederaan pada tangan baginda mendapat komen meluas termasuk daripada barisan selebriti tanah air seperti Dato Seri Siti Nurhaliza yang menulis ‘take care Tuanku’  mahu pun Sheila Rusly yang berkata, ‘stay safe Tuanku’.


Sehubungan itu, tidak hairan juga Instagram @airtangan_tunkuazizah yang mempunyai pengikut seramai 570,000 kebanyakannya dipenuhi dengan gambar-gambar pelbagai masakan air tangan baginda.

Malah turut dimuat naik  gambar-gambar ‘needle tatting’  yang memberikan gambaran baginda kini sedang melalui cabaran belajar mengait.

Menariknya Tunku Azizah belajar melalui YouTube gitu...



“Terbelit-belit tangan dan pusing kepala….,” komen baginda, yang tetap memberikan 10 markah atas daya usaha pembelajarannya itu.

Tahniah Tuanku lama-lama mahirlah tu!!

Lagi pun memasak dan menjahit ibarat lagu dan irama bagi seorang kaum wanita malah tak timbullah pepatah orang tua tua  yang berkata, 'nak pikat suami, pikat perutnya dahulu... tak gitu? - KitaReporters

Tunku Azizah sempat  mengait dua sarung botol dan beberapa produk lain seperti di bawah ini semasa tempoh PKP.



@airtangan_tunkuazizah : selamat berbuka

1
0
2
0
0
You will be interested