Insan & Komuniti 11 Apr, 2021

Berita Terkini| Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui! Bersama nota Tolong Jaga Budak Ini!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

BAYI malang yang ditinggalkan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui di pagar Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga, Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu, 10 April 2021. - Kredit foto: Ihsan PDRM


SEORANG bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibalut tuala hijau ditemukan bersama nota “Tolong jaga budak ini”, di pintu pagar Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang, Jelutong.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui lelaki berusia 43 tahun ketika melawat rakan lamanya di persatuan berkenaan pada 7.40 malam, Sabtu, 11 April 2021.

“Ketika membuka pintu utama berhampiran pagar persatuan, lelaki terbabit terlihat sesuatu yang dibaluti dengan tuala hijau dan ditinggalkan di jalan.

“Ketika ditemui, bayi berkenaan tidak menangis dan dalam keadaan baik sebelum membawa bayi itu masuk ke dalam persatuan bagi dipakaikan lampin dan pakaian,” katanya di Pulau Pinang seperti dipetik oleh Harian Metro, Ahad 11 April 2021.

Soffian menambah, rakan lelaki berkenaan yang ada di persatuan itu juga turut memberi susu formula kepada bayi terbabit sebelum dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan mengalami jaundis.

“Kamera litar tertutup (CCTV) di situ tidak berfungsi pada hari kejadian, namun terdapat satu lagi CCTV berhampiran kawasan itu yang dipercayai boleh membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat melalui talian 019 4735105 atau menerusi WhatsApp rasmi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut menerui talian 019 5641822 atau ke balai polis berhampiran,” katanya. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested