Insan & Komuniti 21 Feb, 2021

Video| Sekampung dapat durian runtuh, jadi jutawan! Beramai-ramai borong beli kereta baharu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ratusan kereta baharu dan berjenama dibawa dengan beberapa truk pengangkut ke rumah penduduk kampung yang membeli di Desa Sumurgeneng di Jawa Timur. - Kredit foto: Kompas.com.


KEBIASAANNYA apa yang dilakukan oleh orang ramai apabila mendapat rezeki terpijak ialah mengubah kehidupan diri dan keluarga.

Namun kebanyakannya akan kurang berhemat selepas mendapat rezeki terpijak itu. Mereka lebih suka merasai nikmat sementara tanpa memikirkan masa depan diri sendiri dan keluarga.

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Kenderaan dibawa secara beruntun. - Kredit foto: Paparan video daripada akaun TikTok @rizki.2


Sebanyak 225 penduduk di Desa Sumurgeneng, Kecamatan Jenu, Tuban,  Jawa Timur, Indonesia tanpa diduga tiba-tiba menjadi jutawan.

Ia ekoran tanah mereka dibeli oleh PT Pertamina iatu syarikat terbesar minyak milik kerajaan, untuk dijadikan sebagai kilang minyak seluas 1,050 hektar bermula 2024.

PT Pertamina yang bekerjasama dengan sebuah syarikat Rosneft dari Rusia membeli tanah mereka dengan harga Rp600,000 (RM200) hingga Rp800,000 (RM280) semeter iaitu lebih tinggi daripada harga pasaran, kata media Kompas.

Menurut ketua kampung Desa Sumurgeneng, Gihanto, setiap pemilik tanah yang kecil mendapat kira-kira Rp8 miliar atau bilion (kira-kira RM2.4 juta).

Rata-rata penduduk kampung mempunyai empat hektar tanah bagi membolehkan mendapat wang pampasan sebanyak Rp26 miliar/bilion (RM7.6 juta). Malah ada pemilik tanah yang memperoleh hingga Rp28 miliar/bilion (RM8.4 juta).



Berita ini tular setelah pemilik akaun Tik Tok @rizki.2  memuat naik video yang menunjukkan beberapa truk membawa sejumlah kereta baharu pelbagai jenama secara berderet-deret pada Ahad, 14 Februari 2021 lalu dengan diiringi kereta peronda polis.

Terdapat sejumlah penduduk membeli dua atau tiga buah kereta.

Para pemilik akaun lain memberi nasihat agar jutawan baharu itu berjimat setelah mendapat rezeki terpijak. 

Kisah jutawan segera lupa daratan hingga akhirnya Kembali hidup susah turut berlaku di negara kita. - KitaReporters


2
4
1
1
0
You will be interested