KECOH apabila tular kisah penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan reput di sebuah rumah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, Kampung Manjoi di Ipoh, Perak pada Rabu, 22 April 2020. Lebih mencemaskan lagi apabila si mati itu dikatakan jemaah tabligh dan merupakan pesakit Covid-19 berikutan penemuan surat pengesahan yang menyatakan lelaki itu telah dijangkiti virus berkenaan. - KitaReporters
Mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp itu turut disertakan dengan rakaman video berdurasi dua minit yang memaparkan mayat lelaki itu diangkat oleh petugas lengkap berpakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE).
Kisah
tersebut agak mencemaskan orang ramai khususnya penduduk di Manjoi
tambahan lagi PPE yang digunakan itu biasanya dipakai petugas barisan
hadapan ketika mengendalikan kes Covid-19.
Situasi 'panik' itu bagaimanapun reda susulan penafian oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd. Aziz.
Tangkap layar petugas memakai
Peralatan Perlindungan Diri (PPE) semasa mengangkat mayat simati.
Menurut beliau, mesej yang tular itu adalah tidak benar kerana ujian Covid-19 yang dilakukan ke atas mayat lelaki itu mendapati negatif dijangkiti wabak berkenaan.
Menurut beliau, mesej yang tular itu adalah tidak benar kerana ujian Covid-19 yang dilakukan ke atas mayat lelaki itu mendapati negatif dijangkiti wabak berkenaan.
Sebaliknya
beliau berkata, lelaki berusia 44 tahun itu meninggal dunia akibat
serangan jantung berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
"Keputusan
ujian Covid-19 ke atas lelaki itu adalah negatif dan pihak Forensik
HRPB juga mengesahkan punca kematian si mati akibat serangan jantung.
"Berkenaan
hantaran yang dimuat naik di laman sosial berkenaan petugas memakai
Peralatan Perlindungan Diri (PPE) semasa mengangkat mayat untuk dihantar
ke Jabatan Forensik, ia adalah prosedur operasi standard (SOP) tambahan
yang diambil sebagai langkah pencegahan Covid-19," katanya.
Mengulas
lanjut A Asmadi memberitahu, tiada unsur jenayah dikesan berkaitan
kematian si mati yang tinggal seorang diri di rumahnya.
Hailah......berita palsu rupanya. Banyak betul masa untuk mereka-reka cerita.
Bukan
ke lebih baik berhati-hari dalam memuat naik sebarang hantaran dalam media
sosial.
Selidik dahulu sebelum sebar. Salah fakta....semua orang jadi panik!!
Menurut
A Asmadi, hantaran palsu itu bukan sahaja menyebabkan kegusaran dalam
kalangan masyarakat bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Masyarakat
diminta tidak menularkan berita-berita yang tidak diketahui fakta
sebenar.
"Perasaan keluarga simati seharusnya dijaga terutama apabila ia adalah berita yang menggusarkan.
"Petugas-petugas
memakai PPE untuk tugas jumpa mayat adalah SOP tambahan untuk
pencegahan daripada ovid-19," katanya. - KitaReporters
Tags: