Insan & Komuniti 24 Apr, 2020

SYABAS!! WARGA SAUJANA UTAMA AGIH BANTUAN

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

PENDUDUK Saujana Utama di Petaling Jaya, Selangor menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan negara sejak 28 Mac 2020 lalu hingga kini. Pengerusinya, Mohd Razali Mohd Salleh berkata, setiap hari lebih 100 orang akan menerima sumbangan barangan keperluan dapur antaranya beras, gula, telur dan sebagainya. : KitaReporters

Pasukan sukarelawan Biro Kebajikan Saujana Utama, Petaling Jaya menyusun barangan yang akan diagihkan.


Pengerusi Penduduk Saujana Utama, Mohd Razali Mohd Salleh


"Kami mengagihkan barangan ini di dua lokasi mulai jam 5.30 petang hingga 7.15 petang bagi mengelakkan orang ramai berkumpul, sekali gus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan oleh kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Mohd Razali menambah barangan yang diagihkan ini adalah sumbangan daripada penduduk Saujana Utama dan beberapa penyumbang lain.

Mereka yang datang untuk mengambil barang perlu mematuhi penjarakan sosial.


Memandangkan ramai yang datang untuk mengambil barangan yang diagihkan itu kami terpaksa saring dan memastikan jumlah ahli keluarga sebelum pihak kami mengagihkan kuantiti barangan mengikut bilangan isi rumah. 

Biro Kebajikan Penyelaras Program Jaafar Nyan (kiri) bersama dua petugas lain. 


Sementara itu, penyelaras program, Jaafar Nyan berkata sumbangan penduduk dan mereka yang bermurah hati menyebabkan pasukan sukarelanya lebih bersemangat untuk melakukan kerja kebajikan ini.

"Lebih menarik ada antara peniaga yang ingin menyumbang kepada kami menawarkan diri untuk menyertai jualan amal barangan basah seperti ikan, sotong, ketam dan barangan-barangan lain dengan harga yang murah dan hasil daripada jualan itu pula diberikan kepada tabung bantuan kami." sambungnya lagi.

Barangan basah yang dijual pada harga murah kepada penduduk Saujana Utama dan yang berdekatan.


Setiap hari lebih 100 orang termasuk warga Pakistan, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh serta penduduk setempat akan datang untuk mengambil barangan yang diedarkan.

Jaafar, yang mewakili pasukan sukarela yang mengendalikan kerja kebajikan sempena PKP Covid-19 ini, juga berterima kasih kepada semua penduduk Saujana Utama dan penyumbang yang sudi menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi mereka yang ingin menyumbang ke tabung ini boleh menghubungi talian 0184064053 atau 01121129929 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Mohd Razali tengah sedang memberi taklimat kepada pasukan petugasnya.


Antara yang menerima sumbangan.

3
0
0
0
0
You will be interested