Insan & Komuniti 03 Aug, 2020

Untungnya jadi suami! Isteri hadiah bunga wang kertas RM34k!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Setiap kali tibanya hari kelahiran pasangan kita atau orang tersayang, mesti kita akan beri hadiah yang terbaik untuk dia.

Ye la untuk melihat mereka tersenyum gembira kan? Ada juga hadiah itu diberi atas tanda menghargai sesebuah hubungan itu. : KitaReporters

Kredit foto: Facebook Aida Hasssan. 



Itulah yang dilakukan oleh Aida Hassan apabila beri kejutan pada hari kelahiran suaminya kali ke-34 tahun apabila hadiahkan jambak bunga diperbuat daripada wang kertas bernilai not RM100

Kalau tengok hadiah dia tu, fuhhh, boleh pengsan weiii!!!!

Kredit foto: Facebook Aida Hasssan




Macam mana guys, terpaku tak tengok hadiah dia tu? Jika dikira jumlah wang itu, bukan sedikit ya. Memang banyak. Boleh beli kereta Perodua Axia 'cash'. 

Jumlah keseluruhan duit itu adalah RM34,000 tuan-tuan dan puan-puan. Bukan satu jumlah yang kecil!!!

Kredit foto: Facebook Aida Hasssan


Bagi yang tidak berkemampuan, usah risau dan memaksa diri atau nak ikut trend seperti ini, keiklasan hadiah itu lebih penting. 

Namun bagi Aida, jumlah itu bukan jadi ukuran sebaliknya kasih sayang suaminya bernama Azmir Ramli yang bersusah senang bersama dan sentiasa ada bersama Aida pada saat naik dan turun.

Kredit foto: Facebook Aida Hasssan


Betullah tu apa yang dikatakan oleh Aida, sentiasa bersama mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran akan membuatkan pasangan kita lebih menghargai satu sama lain.

Nampak senang dan mudah tapi banyak pasangan di luar sana terkandas ketika perhubungan itu diuji.

Moga perkahwinan Aida bersama suaminya akan kekal hingga ke jannah!! - KitaReporters

3
2
1
2
5
You will be interested