HUJUNG bulan pasti menjadi saat yang ditunggu-tunggukan bagi seorang pekerja, kerana selepas berhempas-pulas menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja, tiba masanya untuk menerima upah.
Semua itu memberi keterujaan selain ‘terapi mujarab’ .
Namun bagaimana pula sekiranya gaji yang ditungu-tunggu tidak dibayar? Pasti mengecewakan sehingga sanggup melakukan perkara di luar batasan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kereta mewah
Mungkin itu yang terfikir di benar fikiran seorang lelaki di Chicago, Amerika Syarikat (AS) yang tergamak merempuh kereta majikannya berikutan tidak melunaskan gajinya seperti yang dijanjikan.
Menariknya kereta yang dilanggar tersebut bukan calang-calang kereta iaitu sebuah kereta Ferrari.
Kerana terlalu berang dengan majikannya, dia bertindak melanggar kereta Ferrari milik majikan dengan sebuah trak kontena. Malah, tersebar dalam media sosial kelihatan kontena diletakkan dengan ‘santai' di atas sebuah Ferrari GT4Lusso.
Kejadiannya semuanya berpunca daripada pemilik kereta Ferrari itu enggan membayar gaji pekerjanya yang juga pemandu kontena berkenaan.
Gara-gara terlalu geram, pemandu berkenaan mungkin hilang kawalan menyebabkan dia bertindak 'meletakkan' lori kontenanya di atas kereta kesayangan majikannya.
Pada awalnya pemandu kontena berkenaan diminta untuk mengirimkan barang ke suatu daerah. Malah majikan juga turut menjanjikan imbuhan selain bayaran lain untuk perjalan berkenaan.
Namun sangat menghampakan apabila pulang menghantar barangan berkenaan majikan seolah-olah lupa dengan janji tersebut.
Pemandu kontena, yang tidak disebutkan namanya kemudian bertanya kepada rakannya mengenai kereta kesayangan majikan yang diletakkan di satu sudut jalan.
Setelah mengetahui bahawa itu adalah kenderaan milik majikannya, dia segera melakukan tindakan tersebut.
Inilah padahnya apabila berjanji tidak ditunaikan! Nasib baik hanya melibatkan kereta kesayangan bayangkan nyawa melayang angkara janji yang ditabur… pasti lagi parah!
Lain kali jangan berjanji sekiranya tidak mampu ditunai!. - KitaReporters