Insan & Komuniti 24 Feb, 2022

Video| Nightbirde terbang tak kembali! Bekas peserta America's Got Talent meninggal sebab barah!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


JANE Marczewski, 31, bekas salah seorang peserta America's Got Talent (AGT) dalam saluran NBC yang lebih dikenali sebagai Nightbirde, yang mendapat Golden Buzzer (loceng keemasan) serta satu tepukan paling gemuruh daripada Simon Cowell ketika menyampaikan lagu ciptaannya, It's Okay, disahkan meninggal dunia pada 19 Februari 2022 selepas empat tahun menderita barah payu dara. 

Marczewski yang menjadi inspirasi bukan saja pada penonton yang berada di galeri malah menjadi satu sejarah dunia ketika mendiang pertama kali muncul dalam program mencungkil bakat itu. 

Dia menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, mengisahkan perjuangan hidupnya yang sudah lama bertarung dengan barah sehinggakan para juri termasuk Cowell ketika itu, sebak dan terdiam.


Lagi cerita-cerita tragik berkaitan penyakit barah

Jane Marczewski @ Nightbirde tarik diri saat akhir kerana barahnya sudah semakin teruk. - Kredit gambar: Instagram Nightbirde.


Video terakhir dalam Instagram daripada Jane Marczewski


Dia mencipta lagu itu ketika muncul dalam program mencungkil bakat baharu pada Jun 2021 dengan gaya tersendiri dan sebaik saja selesai, Cowell yang tersentuh bercakap," Sudah banyak kita melihat bakat-bakat gemilang yang dilahirkan di sini dan untuk anda, saya tidak akan memberikan apa-apa kecuali ini."

Cowell kemudian menekan loceng keemasan (Golden Buzzer) yang melayangkan ribuan kertas warna keemasan memenuhi ruang pentas sebagai meraikan kegembiraan dengan sikap reda dan terbuka Marczewski menerima takdirnya sebagai pesakit barah payudara.

Global News melaporkan Marczewski, berasal dari Ohio dikesan menghidap barah payu dara pada 2017 dan sembuh seketika sebelum barah metastatik (barah yang cepat merebak tanpa dapat dikesan) kembali menyerang organ-organ utamanya termasuk hati dan tulang pada 2019.


Simon Cowell and Jane "Nightbirde" Marczewski on "America's Got Talent"

Cowell terpersona dengan penyampaian nightbirde turut menyampaikan simpati. - Kredit foto: Trae Patton/NBC


Sebelum itu, salah seorang juri ada bertanyakan latar belakangnya dan sebaik Marczewski memberitahu dia sudah beberapa tahun tidak bekerja kerana menjalani rawatan barahnya membuatkan juri itu kelu. 

Bagaimanapun, mendiang kemudian memberitahu, dia baik-baik sahaja dan lagu yang akan didendangkannya mengenai kisah hidupnya dan cara dia menguruskan kesakitan dengan hati terbuka.

"Kita tidak boleh menunggu hidup ini menjadi tidak lagi susah untuk mencipta kegembiraan. Saya mempunyai dua peratus saja peluang untuk hidup. Dan dua peratus ini bukannya 'kosong' dan saya harap orang boleh tahu betapa menakjubkan dengan peluang yang diberikan," katanya sambil dipuji oleh juri yang terpikat dengan senyuman dan penampilannya yang tidak menampakkan dia seorang pesakit yang sedang 'nazak'.

Mendapat Golden Buzzer bermakna Nightbirde akan terus berpeluang menyertai pertandingan persaingan yang disiarkan secara siaran langsung. Lagunya It"s Okay kini menjadi nyanyian seluruh dunia. 

Malah TikTok pada 22 Februari 2022 penuh dengan momen mendiang menyampaikan lagu dan kata-kata semangatnya yang menjadi inspirasi kepada warga dunia.




Dia terpaksa meninggalkan saat-saat akhir ke pentas America's Got Talent kerana barah itu terus menjejaskan kesihatan yang menjadi semakin bertambah teruk.

Mendiang juga sempat menulis dalam Instagramnya, "Saya berasa sangat teruk kerana tidak dapat membuat persembahan pentas di pertandingan live.

"Saya rasa anda tidak pernah lihatkan seseorang itu cuba sehabis daya untuk menang pertandingan dan dalam masa yang sama, tewas dalam keadaan yang sangat mendukacitakan. Sepatutnya kisah ini tidak tertulis begini. Saya habiskan banyak masa untuk menutup mata saja dan cuba mengingati apa yang saya percaya. 

"Menghitung setiap hebusan nafas diantara awan kesedihan, menyebamkan mukaku di dalam pelukan Tuhan. Berdoa mengingatinya setiap saat dan percaya kepada takdir dan diberitahu, takdir saya lalui ini sangat indah.

"Dan Tuhan tidak pernah melupakan saya dan mungkinkah saya bodoh dalam membuat penilaian cinta ini kerana di celah kehancuran jiwa ini, saya tetap percaya dan bila terasa begitu marah meminta Tuhan menemani saya sehingga tertidur. Dia tetap ada," katanya ketika meluahkan hari-hari terakhir dalam hidupnya.

Walaupun tidak sempat naik ke pentas pertandingan, Marczewski terus mencipta muzik dan berkongsi kisah hidupnya dalam sosial media. - KitaReporters


Juri America's Got Talent terpikat dengan senyumannya.


14
11
0
7
0
You will be interested