Insan & Komuniti 11 Jun, 2020

Tahniah! UM, UPM, UKM, USM, UTM antara 200 terbaik di dunia!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

TAHNIAH diucapkan kepada lima buah univerisiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana berjaya tersenarai dalam kelompok 200 universiti terbaik di dunia. : KitaReporters


Berita gembira itu dikongsi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dalam laman sosial rasmi mereka.

“Institusi pendidikan tinggi di Malaysia terus kekal tersenarai dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021,” tulis kenyataan tersebut.

Menurut KPTM, kejayaan itu merupakan kejayaan terbaik negara dan membuktikan bahawa hala tuju pendidikan tinggi negara berada di landasan yang betul dalam melahirkan mahasiswa berkualiti dan cemerlang.

Lebih membanggakan, UM naik 11 anak tangga dan kini berada di tangga ke-59 terbaik di dunia untuk tahun 2021.

Manakala UPM pula daripada kedudukan 159 pada tahun 2020, naik ke tangga 132 pada tahun 2021 diikuti oleh UKM yang kini berada di kedudukan 141 iaitu naik 19 anak tangga.

Seterusnya USM naik 23 anak tangga di kedudukan 142 dan akhir sekali UTM yang berada di kedudukan 187 berbanding 217 pada tahun 2020.

Dalam laporan QS juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini

Sistem pendidikan negara telah diiktiraf dalam kalangan ahli akademik dan majikan pada peringkat antarabangsa! - KitaReporters


3
0
0
0
0
You will be interested