Insan & Komuniti 24 Jun, 2020

Elewsmart dibuka pertengahan Julai: Doakan saya - Ustaz Ebit

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

KERJA amal atau kerja kebajikan yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagiTerlalu banyak kebaikan telah dilakukan oleh pendakwah bebas bernama Ebit Irawan Ibrahim Lew ini demi melihat orang lain dapat teruskan kehidupan dengan lebih baik. : KitaReporters


Terbaharu, Ustaz Ebit akan membuka 10 cawangan Elewsmart di 10 cawangan yang berbeza di sekitar Selangor pada pertengahan Julai 2020 ini.

Berita ini sudah pasti satu kegembiraan bagi orang ramai kerana tujuaan beliau buka kedai ini sememangnya ingin membantu mereka yang memerlukan.

Tambah Ustaz Ebit, beliau mahu membantu lebih ramai orang tanpa kira agama, bangsa dan warna kulit. 

Satu tindakan yang baik. Tidak semua orang boleh lakukan perkara ini biarpun mereka banyak duit.

Beliau juga berhasrat ingin membuka food bank (bank makanan) dan ingin menjual dengan harga paling murah. 

Kita doakan moga impian dan niat baik ini akan terlaksana satu hari nanti.


Mungkin ada yang masih belum tahu bahawa Ustaz Ebit juga ada beberapa perniagaan lain seperti tiga restoran Paramount Coffee House dan Butik Elews.

Pernah membesar dalam keluarga susah dan miskin membuatkan beliau tertekad ingin membantu mereka kerana dia tahu betapa peritnya hidup dalam situasi itu.

Bagi dirinya, dapat melihat orang senyum adalah satu kepuasan pada dirinya.

Kita doakan moga perniagaan terbaharu beliau iaitu Elewsmart akan berjalan dengan lancar dan dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan. - KitaReporters

13
3
0
0
0
You will be interested