Insan & Komuniti 25 Jun, 2021

Berita Terkini| Tinggal di bot usang di Tasik Kenyir! 6 beranak tabah lalui keperitan hidup!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KEADAAN bot usang yang kini dijadikan tempat berteduh buat keluarga Samsuddin Khalid bersama isteri serta empat anaknya di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu. - Kredit foto: Sinar Harian.


KEPERITAN hidup memaksa enam sekeluarga meneruskan kehidupan di sebuah bot usang yang dijadikan tempat berteduh di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir sejak penularan pandemik Covid-19, pada tahun 2020 lalu.

Shamsuddin Khalid bersama isterinya, Nor Farhana Yusop, serta empat anak mereka yang sebelum ini menghuni di sebuah rumah rakit berdekatan sejak 12 tahun lalu terpaksa mendiami bot berkenaan selepas pekerjaan hakiki sebagai pemandu bot tidak diteruskan berikutan penutupan sektor pelancongan.

Shamsuddin memberitahu dia sebelum ini mempunyai sebuah rumah bot dan dua bot fiber, namun ketiga-tiganya kini tersadai selepas berlaku kerosakan.

"Saya beli rumah bot ini sembilan tahun lalu untuk 'cari makan', tapi tidak kesampaian apabila enjin bot rosak pada Mac tahun lalu (2020). Saya kehabisan duit untuk membaikinya. Bot ini kini tersadai dan tidak dapat disewakan kepada orang ramai.

"Jika sektor pelancongan kembali dibuka, saya belum tentu dapat menggerakkan rumah bot ini kerana terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan memerlukan kos yang besar," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Jumaat, 25 Jun 2021.

Menurut Samsuddin, dia pernah memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kerana buntu memikirkan soal kewangan, bagaimanapun permohonannya itu tidak berjaya disebabkan namanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyebabkan permohonan tidak diterima.

Malah lelaki berusia 45 tahun pernah memohon rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun sehingga kini tiada jawapan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SHAMSUDDIN mendukung anak bongsunya yang berusia lapan bulan terpaksa melalui keperitan hidup selepas pekerjaan hakiki yang dilakukan sebelum ini terpaksa dihentikan.

 

0
0
5
1
0
You will be interested