Insan & Komuniti 28 Jun, 2021

PKP: Gian nak merempit, 7 remaja lelaki rentas daerah! Akibatnya mat-mat rempit dikompaun RM35k!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SERAMAI 41 remaja ditahan dalam Operasi Op Lejang di Kampung Padang Garam, Kuala Kedah pada 25 Jun 2021. - Kredit foto: PDRM


KERANA gian hendak merempit, tujuh remaja lelaki sanggup merentas daerah semata-mata bagi menyertai perlumbaan haram bersama 34 rakan lain di  Kampung Padang Garam, Kuala Kedah, Kedah, namun akhirnya kesemua mereka ditahan oleh polis

Berikutan dengan kesalahan terbabit dalam perlumbaan yang berbahaya, remaja terbabit yang datang dari daerah Yan, Pendang, Sungai Petani dan Kubang Pasu itu dikenakan kompaun RM5,00 setiap seorang atas kesalahan merentas daerah tanpa sebarang alasan yang munasabah dan tiada kebenaran daripada pihak berkuasa.

Manakala 34 remaja yang lain dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana berkumpul tanpa alasan yang munasabah selain melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan merempit 

 

MOTOSIKAL remaja yang ditahan oleh polis terbabit perlumbaan haram dengan aksi berbahaya. - Kredit foto : PDRM


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten  Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir dipetik oleh Astro Awani sebagai berkata turut ditahan dalam operasi  Op Lejang pada petang Jumaat 25 Jun 2021 lalu itu ialah 11 remaja perempuan yang menyertai aktiviti permotoran itu dan semua mereka berumur di antara 14 tahun hingga 21 tahun.

Menurutnya, operasi tersebut bermula pukul 6 petang dan berakhir 9 malam yang disertai pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Bahagian Siasatan  dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.


Kredit foto: PDRM


``Kita mengadakan operasi ini selepas mendapat aduan daripada penduduk di situ yang mengatakan para remaja terbabit sering melakukan aktiviti perlumbaan haram motosikal di kawasan itu.

``Ketika serbuan dibuat terdapat kumpulan remaja itu sedang berlumba sambil melakukan aksi yang berbahaya di atas jalan di Kampung Padang Garam itu,’’ katanya.

Sebanyak 31 buah motosikal diperiksa dalam operasi Op Lejang  pada hari itu dan sebanyak 99 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Kompaun pula dikeluarkan mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 (kerana berhimpun) Peraturan 4 (1) PPPPB 2021 (merentas daerah) dan  Peraturan 16 PPPPB ( tidak memakai pelitup muka). - KitaReporters


REMAJA perempuan yang turut merempit dalam Operasi Op Lejang pada 25 Jun 2021. - Kredit Foto : PDRM

 


habis

 

 

7
8
1
5
7
You will be interested