Insan & Komuniti 18 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Terima kasih SWM Environment! Tak lupa santuni mualaf! Bantu saudara baharu!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kredit foto: FB SWM Environment Sdn Bhd


SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menerusi Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SWM Kasih Santun Ramadan telah meraikan golongan mualaf di ibu pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka, pada 15 April 2022 lalu. 

Program SWM Kasih Santun Ramadan yang menepati aspirasi Keluarga Malaysia ini merupakan program tahunan yang memfokuskan usaha membantu golongan yang memerlukan terutama dalam menyambut bulan Ramadan dan persiapan perayaan Aidilfitri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kitar semula


“Program ini amat bermakna kerana kita telah bersama-sama membantu saudara baharu Islam yang pertama kali menyambut Ramadan

"Ada antara mereka mungkin berhadapan cabaran tersendiri dalam melaksanakan ibadah puasa dan memerlukan sokongan supaya mereka tidak mudah mengalah serta terus mendalami Islam

"Diharapkan dengan sumbangan dan pengisian program SWM Kasih Santun Ramadan ini dapat memberikan pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai suasana dan kemanisan bulan Ramadan yang mulia,” kata Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin, dalam satu kenyataan media pada 18 April 2022. 



Tambah beliau, SWM Environment melalui entiti SWM Kasih yang dianjurkan pada setiap musim perayaan utama tidak ketinggalan menyelitkan elemen mengukuhkan perpaduan dan saling memahami antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini

Turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka, Nur Caren Chung Yock Lan

Selain menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian, saudara-saudara baharu yang tergolong dalam kategori asnaf ini turut menyertai sesi tazkirah Ramadan, majlis berbuka puasa dan sembahyang maghrib berjemaah. 

Dalam program sama, MACMA dan saudara-saudara baharu ini turut mendaftar sebagai ahli KITARecycle iaitu program kitar semula diperkenalkan oleh SWM Environment bagi menggalakkan dan membudayakan amalan kitar semula. - KItaReporters


 

13
8
0
13
0
You will be interested