Insan & Komuniti 23 Dec, 2020

Sebab tak ada duit! Sanggup berenang dari Kalimantan ke Jawa

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BAK kata orang tua-tua jikalau ada wang macam-macam boleh jadi dan sekiranya tiada duit pun macam-macam pun boleh jadi sehingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja yang adakalanya menyalahi undang-undang demi untuk mendapatkan wang! : KitaReporters


DEDIK Purnamo (duduk)  berada di Pelabuhan Balikpapan, Semayang selepas ditemui dekat Pulau Tukung oleh sebuah bot pelancong. - Kredit Foto: Tribunmanado 


Lagi kisah-kisah berkaitan berenang:

https://kitareporters.com/search?search=berenang


Falsafah ini dapat dirungkaikan terjadi ke atas seorang pemuda yang bernama Dedik Purnamo dari Balikpapan, Indonesia yang sanggup berenang di tengah-tengah lautan dekat Pulau Tukung di Kalimantan Timur dengan hanya berbekalkan dua buah tong kosong sahaja sebagai pelampong untuk pulang di kampungnya

Dedik yang berumur 27 tahun nekad berbuat demikian setelah dia sanggup meredah ombak untuk pulang ke rumahnya di Kabupaten Malang, Jawa Timur akibat tiada wang untuk membayar tambang bas dan feri pada 16 Disember 2020 lalu.


Kredit foto: Googlemap


Bagaimanapun, niat pemuda itu tidak berhasil untuk meneruskan hasratnya sampai ke kampungnya melalui jalan laut itu apabila dia ditemui dan diselamatkan oleh sebuah bot pelancong pada hari tersebut (16 Disember 2020) pada sebelah petang. 

Menurut laporan Tribunmanado.co.Id pada 18 Disember 2020 dipetik berkata, selepas diselamatkan pemuda itu kelihatan tubuhnya tidak bermaya akibat keletihan mengharungi lautan sebelum dibawa ke Pelabuhan Balikpapan di Semayang.


SEMASA ditemui Dedik bersendirian berenang di laut dekat Pulau Tukung untuk pulang ke kampungnya. - Kredit foto: IG Makkasar_iinfo


Ketika ditemui di laut berkenaan lelaki yang bertubuh kurus itu berada dengan jaraknya kira-kira 300 meter dari tepi pantai. 

Sebelum itu, pemandu bot pelancong berkenaan tidak menyangka Dedik sebaliknya ia menjangka suatu objek yang kelihatan terumbang-ambing di tengah lautan itu.

Tribunmanado melaporkan apabila menghampiri mendapati lelaki itu sedang berenang dan kadangkalanya dia berhenti seketika berpaut pada tong kosong itu selepas kepenatan kerana meredah laut. 


 

Dedik Purnamo dengan pelampongnya untuk berenang dari Kalimantan ke Jawa. - Kredit foto: suara.com


Sementara itu, Dedik memberitahu tindakannya dengan mempertaruhkan nyawa di lautan itu selepas penghijrahannya untuk memulakan penghidupan baru di Gunung Bahagia, Balikpapan Selatan gagal mendapat sebarang pekerjaan. 

Selama lebih sebulan lelaki itu tidak mendapat sebarang pekerjaan yang sesuai untuknya semasa berada di situ yang menyebabkan dia mengambil keputusan biarlah susah senang lebih baik berada di kampungnya di Kabupaten Malang, Jawa Timur. 

``Tetapi saya tidak ada wang untuk pulang ke kampung dan untuk meminjan dengan kawan-kawan jauh sekali kerana saya malu dan apa lagi untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bagus saya tidak akan melakukannya. 

``Hanya dengan berbekalkan dua tong kosong sahaja saya rela meredah lautan sambil melawan arus semata-mata pulang ke kampung,’’ katanya. 

Menurutnya, kalaulah dia tidak diketemui oleh pemandu pelancong sudah tentu dia akan berenang lagi di tengah laut  sehingga ke pulau Jawa sebelum tiba kampung halamannya. - KitaReporters

4
7
8
3
1
You will be interested