Insan & Komuniti 30 Jun, 2022

Video| Tragis! Bayi perempuan maut digigit ibu kandung sendiri! Dipercayai alami gangguan mental!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Sanggupkah seorang ibu menggigit bayinya sendiri hingga mengakibatkan kecederaan dan kematian? - Gambar hiasan.


KASIHAN, sedih dan mengalirkan air mata apabila mendengar kisah bayi hanya sempat hidup tiga bulan dan mati, gara-gara perbuatan kejam ibu kandungnya sendiri.

Tragis bagi seorang bayi perempuan yang baharu hendak mengenal kehidupan di dunia meninggal dunia akibat digigit oleh ibu kandungnya sendiri di Desa Rasabou, Kecamatan Bolo, Kabupaten Bima, di Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia. 

Kejadian malang pada Selasa, 28 Jun 2022 itu menjadi heboh di sekitar kejiranan berdekatan apabila penduduk setempat didatangi seorang saksi (kejadian) meminta bantuan untuk memeriksa di sebuah rumah kononnya berlaku penderaan terhadap mangsa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi-bayi

Suspek ditahan pihak polis kerana mengigit bayinya sehingga membawa maut di Desa Rasabou, Kecamatan Bolo, Kapupaten, Bima, Indonesia.  - Sumber foto:  Instagram memomedsos.


Bertindak di atas maklumat saksi, pihak berkuasa telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan seorang bayi perempuan sudah tidak lagi bernyawa berada di samping seorang lelaki dipercayai bapa mangsa ketika itu sedang menangis.

Bayi comel yang baharu berusia tiga bulan mengalami kecederaan parah pada bahagian hidung, pipi dan tangan akibat gigitan kuat oleh ibunya sendiri,” kata Ketua Perhubungan Awam Polres Bima, Iptu Adib Widayaka.

“Anggota polis kemudiannya hadir di rumah mangsa dan memeriksa keadaan bayi tersebut dan terus menahan suspek untuk siasatan lanjut,” tambah beliau lagi.



Sementara itu, ibu kandung mangsa pula kelihatan sedang berdiri di hadapan bilik sambil mendukung anak sulung mereka yang berusia dua tahun.

Seolah-olah suspek dalam kebingungan dan tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Di wajahnya tiada riak resah gelisah dan takut apabila pihak polis sedang berada di rumahnya.

Ketika pihak polis bertanya kepada suspek tentang kematian bayinya itu, dia kemudiannya hanya menjawab “saya tak tahu apa-apa” dengan wajah yang kebingungan.

Susulan itu, pihak polis terus menahan suspek untuk di bawa ke balai polis untuk menjalani proses ‘soal siasat’ dan menghantar mangsa bunuh (bayi) ke hospital berdekatan bagi menjalani bedah siasat untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

Siasatan awal pihak polis mendapati wanita itu (ibu kandung mangsa) dipercayai mengalami gangguan mental dan sering mengalami penyakit “kerasukan” yang didedahkan oleh ahli keluarga terdekat suspek. - KitaReporters


Rujukan:

https://cianjurpedia.pikiran-rakyat.com/nasional/pr-1034872296/seorang-bayi-perempuan-meninggal-dunia-akibat-digigit-ibu-kandungnya-di-kabupaten-bima

https://www.suara.com/news/2022/06/30/112258/ngeri-seorang-ibu-di-ntb-gigit-pipi-dan-lengan-putrinya-berusia-tiga-bulan-hingga-meninggal

12
8
0
18
0
You will be interested