Insan & Komuniti 13 May, 2021

Video| Akibat cemburu, lelaki sanggup bakar kekasihnya hingga mati! Tubuh mangsa melecur 80%!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

DEDE (baju biru) ditangkap oleh polis selepas bersembunyi di hutan Ciwidey, Bandung. - Kredit foto: Tribunnews.com


AKIBAT cemburu buta selepas melihat telefon kekasihnya yang gadis itu bermain whatsApp dengan lelaki lain menyebabkan lelaki itu marah lalu bertindak membakar kekasihnya sehingga mati akibat 80 peratus melecur pada tubuh mangsa di Kecamatan (Mukim) Cidaun, Kabupaten (Kota) Cianjur, Jawa Barat pada 1 Mei 2021 lalu. 

Sebelum membakar kekasihnya, lelaki itu, Dede Iskandar, 32, dikatakan bergaduh dengan Indah Daniarti, 22, dengan mengatakan bahawa Indah juga selalu keluar berjalan dengan lelaki lain


Lagi cerita-cerita tragik berkaitan kebakaran 

INDAH DANIARTI


Akibat kemarahan itu, Dede mencurah minyak petrol yang dibawanya ke seluruh tubuh badan Indah kemudian dia mencucuh mancis pada punggung mangsa sebelum api itu merebak ke seluruh badan gadis tersebut. 

Indah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) berdekatan sebelum dihantar ke hospital atau Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung untuk rawatan selanjutnya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada sebelah malam hari Isnin, 10 Mei 2021.


DEDE ISKANDAR. - Kredit foto: pojoksatu.id


INDAH Daniarti yang dibakar oleh Dedi akibat cemburu. - Kredit Foto : Tribunnews.com


Perkenalan pasangan kekasih itu bermula pada awal bulan Ramadan 2021 lalu dan tidak sangka pula perpisahan mereka dalam trajedi yang menyayatkan hati yang berakhir dengan kematian Indah juga berlaku pada bulan puasa juga.

Tribunnews.com pada 11 Mei 2021 dipetik melaporkan, selepas kejadian Dede melarikan diri bersembunyi di hutan di Ciwidey, Bandung.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh polis selepas empat hari kejadian tersebut dan semasa ditangkap kedua-dua tangan Dede digari, manakala matanya ditutup dengan kain ketika dibawa ke kenderaan polis.


KEDUA-dua tangan Dede digari serta matanya ditutup dengan kain semasa suspek ditangkap bersembunyi di hutan Ciwedey, Bandung. - Kredit foto: Tribunnews.com



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cianjur, Arjun Komisari Polis (APK) Sumardi berkata, suspek bertindak demikian akibat terlalu cemburu dengan Indah yang dikatakan mempunyai lelaki lain selepas Dede melihat mesej WhatsApp lelaki lain dalam telefon mangsa.

Beliau berkata, tubuh gadis jelita itu melecur 80 peratus lalu mengakibatkan tubuh mangsa menjadi lumpuh selain kedua-dua belah mata Indah menjadi buta.

Menurut beliau, suspek juga seorang bekas banduan yang baru keluar penjara dan sebelum itu, suspek pernah terlibat dengan kes pembunuhan pada 2012 di Jakarta Utara.

``Atas kesalahan kes tersebut suspek dihukum penjara selama empat tahun dan kemudian dibebaskan pada 2016, tetapi Dedi ditangkap lagi atas kesalahan mencuri dan dikena hukuman penjara dua tahun dan suspek baru dibebaskan kira-kira dua tahun lalu,'' ujar Sumardi.


PEGAWAI Polis Cianjur menunjukan bahan bukti dengan kes tersebut. - Kredit Foto : Tribunnews.com


Sementara itu, bapa mangsa, Iyus Darusman, 50, ketika ditemui Tribunnews.com memberitahu sebelum itu suspek sudah datang ke rumahnya di Desa Kartawangi, Cidaun di Cianjur sebanyak dua kali.

Iyus berkata, sepanjang kehadirannya Dede sentiasa menunjukan perwatakan warak dan bercakap dengan ahli keluarga mereka berlemah lembut dan apabila tiba waktu solat Dede terus solat di rumahnya.

``Tetapi tidak sangka pula dengan perwatakan seorang yang warak itu Dede mempunyai hati seperti syaitan kerana dia sanggup membakar anak saya akibat cemburu membabi buta,’’ kata Iyus. - KitaReporters



0
1
1
1
4
You will be interested