Insan & Komuniti 15 Feb, 2022

Cinta itu membunuh? Angkara tolak cinta! Pembantu wad tembak mati jururawat! Ketika dia bertugas!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENCINTAI seseorang tidak boleh dipaksa kerana ia lahir dari hati yang ikhlas, biarpun 'ditabur' dengan wang tunai, emas bergunung dan kemewahan belum tentu hati mampu menjadi cair.

Itulah kuatnya kuasa hati!

Kisah sama berlaku dengan jururawat di India yang ditembak mati oleh lelaki angkara menolak cintanya


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan pembunuhan



Memetik laporan Times Of India, jururawat wanita yang berusia 26 tahun dan bertugas di sebuah wad unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital Madhya Pradesh dikatakan ditembak mati oleh peminatnya yang selama ini mendambakan cintanya.

Hayat Neha Chandel ditamatkan oleh rakan sekerjanya, Ritesh Sakya yang juga merupakan seorang pembantu wad di hospital sama wanita itu bertugas.

Dalam kejadian tragis tersebut, Ritesh menembak Neha pada bahagian kepala dengan menggunakan sepucuk pistol pada jarak dekat.

Bapa kepada empat cahaya mata itu dikatakan telah menggilai Neha sejak sekian lama dan pernah mengajak untuk berkahwin dengannya. Namun wanita tersebut menolak cinta tersebut secara baik.



Neha juga sedang dalam perancangan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang dicintai.

Mungkin tidak puas hati dengan khabar gembira tersebut, Ritesh dikatakan pernah berjumpa dengan keluarga Neha untuk menghentikan perkahwinan tersebut 

Keluarga Neha mendakwa, suspek yang berusia 40-an itu juga telah mendesak mangsa untuk mengahwini sejak berbulan-bulan lalu. Namun, Neha yang langsung tidak mencintai lelaki berkenaan serta menolak lamaran tersebut dan hanya menganggap dia sebagai rakan sekerja.



Bagaimanapun selepas melakukan tindakan luar jangkaan itu, Ritesh dikatakan menyerah diri kepada polis. Mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat.

Ekoran kejadian menyayat hati itu, kira-kira 100 jururawat hospital terbabit melancarkan protes bagi menuntut tahap keselamatan yang lebih tinggi di fasiliti kesihatan berkenaan.

Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan Bhind, Dr Ajit Mishra berkata, pihaknya berusaha memastikan para pesakit tidak terganggu dengan protes berkenaan.

Ingatlah cinta itu tidak boleh dijual beli, datangnya dari hati yang suci tanpa boleh dipaksa! - KitaReporters


20
19
0
10
0
You will be interested