Insan & Komuniti 24 Feb, 2021

Tolong kami! Bantu OKU Hafisz hidup berdikari! Perlu kerusi roda baharu untuk mudah bergerak

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Abdul Hafisz Abdul Manan berseorangan di rumah selepas ibunya yang uzur berpindah ke rumah adik Hafisz.


Kecacatan fizikal tidak menghalang seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Abdul Hafisz Abdul Manan, untuk hidup berdikari selepas ibunya tidak lagi tinggal bersama kerana uzur. 

Hafisz, 44, dari Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu adalah anak sulung dari tiga beradik, dia mengalami kecacatan dari paras pinggang ke bawah sejak dilahirkan.

Jika dahulu ibunya yang dikenali dengan nama Mok Su Lela banyak membantu dia menguruskan hidup tetapi kini tidak lagi kerana ibunya itu berpindah ke rumah anak perempuannya di tempat lain kerana uzur.


Lagi kisah-kisah prihatin berkaitan Tolong Kami:

https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami 


Abdul Hafisz memerlukan kerusi roda baharu kerana sudah uzur dan sukar berfungsi


"Saya tiada masalah tinggal sendiri kerana masih mampu bergerak untuk urus diri seperti mandi, pakai dan makan.” katanya. 

Beliau berkata, masalah makan tidak timbul kerana ada pihak  yang menghantar dua kali sehari manakala pakaian juga ada yang datang basuh. 

Katanya, semua ini dibayar secara bulanan oleh ibunya, manakala ayahnya dimaklumkan sudah lama meninggal dunia. 

Hafisz berkata, kehidupan seharian beliau dihabiskan dengan berehat di luar rumah sambil memerhati kenderaan yang lalu lalang jika tidak melakukan sesuatu atau menonton televisyen. 

Menurutnya, kerusi roda yang digunakan sekarang dalam keadaan uzur dan tidak berfungsi dengan baik, sehubungan itu, dia tidak dapat bergerak jauh.


Walapun OKU, Hafisz tetap mementingkan kebersihan dengan menyapu halaman rumah


"Kerusi roda ini sudah agak lama, agak berat sedikit untuk digerakkan tetapi ia masih boleh digunakan ketika saya berada di luar," katanya. 

Beliau tidak menolak jika ada pihak yang sudi membantunya dengan memberikan sebuah kerusi roda yang baharu bagi menggantikan kerusi roda lama yang kini dalam keadaan uzur bagi memudahkan beliau bergerak. 

Jika ada pihak yang bermurah hati untuk menghadiahkan kerusi roda, bolehlah menghubungi Hafisz menerusi talian 014-5498833 atau 013-9088740. - KitaReporters

1
0
2
0
0
You will be interested