SELAMA ini pendakwah terkenal Indonesia, Aa Gym (Abdullah Gymnastiar), 58, adalah antara tokoh yang giat menyeru masyarakat agar mematuhi protokol kesIhatan yang yang ditetapkan kerajaan berkaitan pandemik Covid-19. Dan ternyata, wabak koronavirus tersebut tidak memilih bulu. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aa Gym:
https://kitareporters.com/search?search=aa+gym
Aa Gym sanggup naik motosikal dan menunggang basikal dengan memakai pembesar memasuki kampung yang sukar dilalui kenderaan roda empat di daerah Jawa Barat.
Tetapi virus Covid-19 tidak mengenal siapa untuk dijangkiti. Sejumlah selebriti, ahli politik dan tokoh agama sudah terkena jangkitan penyakit yang meletakkan seluruh dunia dalam keadaan cemas dan berbahaya.
Akhirnya pendakwah terkenal ini turut terjangkiti. Aa Gnm menyatakan dirinya terjangkit Covid-19 dalam Instagramnya yang dimuat pada Selasa, 29 Disember 2020.
Kini Aa Gym melakukan pengasingan sendiri di sebuah tempat yang agak jauh daripada orang ramai di Jawa Barat.
Dalam postingan yang dimuat naik dalam IG-nya itu, tokoh agama yang juga penyanyi dakwah dan ahli perniagaan ini berkata dia reda dengan sakit yang dialaminya dan mengganggap ia ujian daripada Allah yang boleh terkena dan sembuh kepada sesiapa sahaja.
Dia berharap orang ramai mendekati diri kepada Tuhan yang maha Esa bagi penyembuhan dan mengelak daripada dijangkiti.
Dia turut tetap mengharapkan orang ramai benar-benar mematuhi protokol keselamatan agar tidak menular kepada orang lain. - KitaReporters