Insan & Komuniti 15 Jan, 2022

Rezeki nelayan! Sangka anak buaya sangkut dalam pukat! Rupanya pari tunggol gergasi! Berat 40.5kg!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Jeti Gong Batu, Setiu


DISANGKAKAN seekor anak buaya yang tersangkut di pukatnya tetapi rupa-rupanya seekor ikan pari tunggol gergasi seberat 40.5 kilogram dengan anggaran nilai berharga RM324.

Ikan berkenaan diperoleh seorang nelayan di Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu pada 13 Januari 2022 laluy setelah tersangkut pada pukat dipasangnya dalam sungai di kampung itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ikan


Sendak (kanan) sedang mengangkat seekor ikan pari tunggol seberat 40.5 kilogram yang berjaya ditangkap dipukatnya di Sungai Gong Batu, Setiu, Terengganu.


Nelayan berkenaan, Sendak Omar, 52, memberitahu pada mulanya dia menyangkakan anak buaya tersangkut kerana sewaktu menghampiri pukat  ditahan itu didapati pelampong di pemukaan air begerak-gerak seolah ada ikan besar.

Menurutnya, setelah pukat ditarik secara perlahan-lahan dia amat terkejut setelah mendapati seekor pari tunggol gergasi yang belum pernah diperolehinya sepanjang menangkap ikan di sungai tersebut.



‘’Kalau pari tunggol sebesar ini diperolehi di lautan luas, saya mungkin tidak hairan tetapi ini cuma dari pukat yang ditahan di dalam sungai kecil. Kejadian ini benar-benar membuatkan saya terkejut serta teruja.

"Sebab itulah pada awalnya saya jangkakan pukat dipasang sehari sebelum mungkin cuma tersangkut seekor anak buaya ataupun ikan bersaiz sedikit besar  setelah melihat pelampong pukat bergerak-gerak sewaktu saya sampai di lokasi.

"Rupanya ikan pari tunggol gergasi yang beratnya lebih 40kg," katanya yang tinggal di Kampung Gong Batu, Setiu itu. 

Tambahnya bapa lima anak ini, dia menyifatkan pari tunggol diperolehi itu sebagai rezeki anak-anak sekeluarga dan ikan tersebut dijual dengan harga RM8 sekilogram kepada restoran ikan bakar di kampungnya. 

Katanya lagi, dia tidak pernah memperoleh seekor pari sebesar itu kecuali ikan  pari yang kecil seberat antara 3 kilogram hingga 5 kilogram seekor. - KitaReporters


Ikan pari tunggol diperolehi  Sendak seberat 40.5 kilogram berharga RM324.

 

12
10
0
13
0
You will be interested