Insan & Komuniti 19 Aug, 2019

[VIDEO] UTUSAN MUNGKIN DITUTUP?

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this

KEMELUT berpanjangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. (Kumpulan Utusan) yang tidak membayar gaji pekerja termasuk pampasan mereka yang mengambil skim pemisahan sukarela (VSS) sejak tiga bulan lalu sampai ke kemuncaknya hari ini selepas pengurusan syarikat berusia 80 tahun itu dilaporkan sebagai berkata akan menutup terus oeprasi syarikat media itu.

Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan Cawangan Utusan Melayu (NUJUM), Mohd. Taufek Razak mendakwa, perkara berkenaan dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir semasa mereka bertemu dalam sesi pertemuan bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan di Putrajaya hari ini.

"Ya, perkara itu dinyatakan sendiri oleh (Abd.) Aziz kepada saya semasa kami bertemu di Putrajaya pagi tadi. 

"Dia ada 'mengugut' dengan mengatakan mereka akan menutup operasi (Kumpulan) Utusan jika tidak mendapat wang (untuk beroperasi dan membayar gaji pekerja) dalam beberapa minggu ini."Dia (Abd. Aziz) kata, mereka tidak mahu menanggung beban (memiliki Kumpulan Utusan) lagi. Dia pun nak lepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif (Kumpulan) Utusan," dakwanya. 

Mohd. Taufek yang juga Presiden NUJ Pusat berkata demikian kepada pemberita selepas piket aman oleh kira-kura 100 peserta yang dianjurkan NUJUM di ibu pejabat Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur, hari ini. 

Tegas Taufek, para petugas Kumpulan Utusan terutama ahli NUJUM masih sayangkan syarikat media tersebut dan atas dasar itulah mereka meneruskan tugas harian walaupun sudah hampir tiga bulan tidak menerima gaji penuh. 

Sementara itu,  Setiausaha Agung NUJ Malaysia, Chin Sung Chew berkata, pihaknya semalam membuat laporan polis terhadap pengurusan Kumpulan Utusan selepas mendakwa syarikat media itu tidak menyalurkan potongan gaji berjadual daripada petugas ke agensi-agensi kewangan yang ditetapkan. 

Dakwa Sung Chew, pengurusan kumpulan sudah melakukan pecah amanah ekoran tidak menyalurkan potongan gaji berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu insiden yang amat memalukan. 

"(Kumpulan) Utusan memotong gaji pekerja, tapi tidak salurkan kepada KWSP, LHDN dan agensi-agensi terlibat. Mana duit-duit ini pergi? Sehubungan itu, kita minta polis untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan (Kumpulan) Utusan agar hak pekerja dijamin sepenuhnya," tegas Sung Chew. 

Piket aman yang dianjurkan NUJUM berkenaan turut disertai oleh petugas-petugas yang mengambil VSS tahun lepas bermula pukul 1 tengah hari dan berakhir pada pukul 2 petang. 



0
0
8
0
0
You will be interested