Bangunan di San Diego, California di mana seorang lelaki terjun untuk bunuh diri sebelum terjatuh ke atas seorang wanita lalu menyebabkan wanita berkenaan meninggal dunia. - Kredit foto: 7news.com.au
ANGKARA orang lain yang hendak membunuh diri, orang lain yang tidak berdosa turut menjadi korban. Sungguh malang tidak berbau. Kadang-kadang ia terjadi dalam keadaan yang sangat tidak diduga.
Begitulah nasib
yang menimpa seorang wanita, Taylor Kahle, 29, yang mati apabila seorang lelaki
yang terjun dari tingkat sembilan sebuah bangunan kerana hendak membunuh diri, terjatuh
ke atas Kehle yang ketika itu sedang melalui jalan di bawah bangunan berkenaan
di San Diego, California di Amerika Syarikat.
Wanita malang, Taylor Kahle, 29. - Kredit foto: Scallywag and Vagabond
Kejadian berlaku pada Ahad 25 April 2021 dan dilaporkan oleh nbcnews.com, pada 29 April 2021. Akibat ditimpa lelaki tersebut, Kahle meninggal di tempat kejadian. Lelaki tersebut pula dilaporkan meninggal di hospital akibat cedera parah.
Peristiwa malang itu terjadi apabila seorang lelaki terjun daripada tempat letak kereta di tingkat sembilan sebuah bangunan dan jatuh betul-betul ke atas Kahle. Ketika itu Kahle dalam perjalanan pulang ke rumah bersama teman lelakinya.
Itu merupakan kali ketiga Kahle dan teman lelakinya keluar bersama setelah saling mengenali antara satu sama lain melalui alam maya. Mereka menghabiskan banyak masa bersama hari itu yang tidak diduga hari terakhir mereka bersama. Bagaimanapun teman lelakinya tidak cedera.
Kahle disahkan mati di tempat kejadian sementara lelaki itu yang masih bernyawa setelah jatuh, dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia. Lelaki berkenaan yang belum dikenali dipercayai berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 30 tahun.
TAYLOR KAHLE (kanan) mangsa mati tidak diduga apabila seorang lelaki yang hendak membunuh diri terjatuh ke atasnya daripada tingkat sembilan sebuah bangunan. Gambar kiri: Kawan-kawaan meletakkan bunga tanda ingatan di lokasi di mana Kahle mati dihempap. - Kredit foto: Agensi
Menurut laporan perubatan, kedua-dua mangsa meninggal dunia kerana luka parah akibat hentakan benda tumpul.
Kematian Kahle
hanya seminggu sebelum dia meraikan hari ulang tahun kelahiran ke-30. Dia
dikatakan telah merancang menyambut hari jadinya itu dengan kawan-kawan dan
juga bapanya. Kehle tinggal bersama bapanya untuk beberapa bulan sebelum kejadian.
Kehilangan Kahle sangat dirasai rakan-rakan yang menyifatkannya sebagai seorang yang baik hati dan sentiasa tersenyum.
Pemilik syarikat
promosi McFarland di mana Kahle bekerja, Laurel McFarlene, menyifatkan Kahle
seperti anak sendiri. Dia sering memberi galakan kepada Kahle melalukan tugas
yang kurang digemari tetapi akhirnya berjaya melakukannya.
Kahle bekerja
di syarikat berkenaan sejak sembilan tahun lalu sebagai perancang majlis. Dia
kekal bekerja di syarikat tersebut sehingga kematiannya, tanpa bertukar kerja
ke tempat lain.
Orang ramai yang mengenali Kahle sangat bersedih dengan kematiannya dalam keadaan tidak diduga. Mereka meletakkan tanda peringatan sementara di lokasi di mana Kahle terbunuh di kawasan Gaslamp Quarter, San Diego. - KitaReporters.com
Jambakan bunga yang ditinggalkan di tempat Kahle maut selepas dihempap lelaki yang terjun untuk membunuh diri. - Kredit foto: dailymail.uk.co