Insan & Komuniti 31 Mar, 2021

Video| Pernikahan unik! Mas kahwinnya burung kenari batu! Tanda agar jangan bermulut celupar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Aris Prasetyo dan Eka Maria Fransisca disatukan dengan mas kahwinnya berupa seekor burung kenari batu jantan. - Kredit foto: Jawa Pos.

Satu lagi perkahwinan unik terjadi di Indonesia. Perkahwinan antara Aris Prasetyo, 32, dan Eka Maria Fransisca, 29, bermas kahwin sekor burung kenari batu jantan dan wang tunai Rp620,000 (kira-kira RM180).

Burung kenari batu itu adalah sebagai lambang cinta abadi suami isteri dan simbolik agar si isteri mengurangkan perangai bermulut celupar.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan

Aris dan Eka menjawab pertanyaan media sehari setelah majlis akad nikah. - Kredit foto: detik.com


Sementara jumlah wang hantaran itu adalah hari lamaran dibuat iaitu pada 6 Jun 2020 atau 6.6.2020.

Burung kenari itu dibeli daripada seorang sahabat dengan harga Rp400,000 (kira-kira RM120). Mas kahwin dan barangan hantaran telah dipersetujui kedua-dua pihak.


Tanda bukti jumlah mas kahwin yang tercatit seekor burung kenari jantan dan Rp620,000. - Kredit foto: IDR Times


Majlis pernikahan berlangsung pada Sabtu, 27 Mac 2021 di Pejabat Agama Jetis. Jurunikah sempat bertanya adakah benar burung kenari dijadikan salah satu hantaran dan ia disahkan oleh Aris.

Selepas itu majlis resepsi diadakan di sebuah rumah orang tua di Panti Duafa Lansia, Mantup, Desa Ngasinan, Kecamatan Jetis, Ponorogo, Jawa Timur.


Rumah orang tua itu mempunyai 132 penghuni termasuk yang mempunyai gangguan jiwa dan enam pekerja termasuk Aris dan Eka.

Aris yang sudah kematian ibu bapa menganggap penghuni rumah kebajikan itu sebagai ibu bapanya tambahan lagi dia dan isteri bertugas dan bercinta di sana.

Aris dan Eka berharap perkahwinan unik yang diadakan akan menjadi kenangan abadi bagi mereka berdua. Pernikahan unik ini mendapat liputan pelbagai media elektronik dan media sosial di Jawa Timur. - KitaReporters


0
0
0
1
1
You will be interested