Insan & Komuniti 13 Apr, 2021

Terima kasih Majlis Orang-orang Besar D’Raja Kelantan! Penuhi tangisan OKU dapatkan televisyen!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Norasyikin Che Rashid, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) sedang dipujuk oleh mereka yang melawatinya.


PERMINTAAN seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) Norasyikin Che Rashid, 23, yang menangis untuk memiliki peti televisyen ketika dikunjungi Majlis Orang-orang Besar D’Raja (MOB) Kelantan ditunaikan pada Isnin, 12 April 2021 sehari menjelang Ramadan.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan Dato’ Ir Mat Rahim Ismail bersama Ketua Jajahan Tanah Merah Mohammad Yusof Hassan serta Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Sofian Amir Che Soh dan Penghulu Mukim Banggol Jenereh Tanah Merah Kelantan menyampaikan sumbangan sebuah televisyen, dua unit kipas angin, tikar getah dan cat untuk keselesaan rumah yang dimiliki keluarga OKU itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU


Norasyikin Che Rashid 23 (kiri) ketika menerima lawatan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) ke rumahnya.


Mohammad Yusof Hassan (kiri) hadir untuk menyampaikan sumbangan televisyen, kipas angin dan keperluan-keperluan lain kepada keluarga Norasyikin Che Rashid (tiga dari kiri).


Menurut Ir Mat Rahim sebelum ini ketika membuat lawatan dan menziarahi penduduk di kawasan itu untuk menyampaikan sumbangan ihya Ramadan, Norasyikin pemegang kad OKU menangis dan mahukan televisyen.

"Kami dimaklumkan Norasyikin selalu ke rumah jiran di kampung itu untuk menonton televisyen tidak mengira masa dan dia juga pernah mengalami kecederaan pada kepala kerana terjatuh ketika ke rumah jiran untuk menonton televisyen," ujarnya lagi.


 

Televisyen sedang dipasang untuk keluarga Norasyikin.


Oleh itu, Ir Mat Rahim mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan pesakit diabetis kronik ini termasuk membeli beberapa barangan tambahan untuk keselesaan keluarga ini.

Norasyikin adalah antara beberapa penduduk sekitar Tanah Merah yang menerima sumbangan sempena kedatangan bulan puasa pada tahun 2021 ini.

Program Ziarah Kasih Ramadan ini turut disertai Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Pejabat Agama, Penggawa Daerah, Penghulu, Jabatan-jabatan kerajaan, Majlis Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi lain. - KitaReporters


Cat dan tikar getah turut disampaikan untuk keluarga Norasyikin.


Ahli Puspanita Kelantan turut menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada penduduk sekitar.

3
2
1
0
0
You will be interested